Followers

Showing posts with label Dik Nina. Show all posts
Showing posts with label Dik Nina. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

Adik aku macam ni. adik korang macam mane.?


...Assalamualaikum...

HohohO. korang kini bersama aku membuat live blogging daripada teratak indah Cik Nisya. dan kerana aku kat sini jugaklah mood serta badan aku telah melayang-layang ditiup angin kencang. Korang. aku jumpa sound klip adik aku dalam hp. since, aku sangat malas nak explore mcm mana nak masukkan benda tuh kat sini, aku taip aje.

Bissmillahhirrahmanirrahim...
Just feel it ! (tak ada motif sungguh adik aku) hey ! nak tau tak.? saya nh sayang sangat dengan kakak saya. kakak saya tuh baik tapi dia sangat garang. tapi saya rasa dia tak sayang saya. hurmm.. itu saja ucapan saya pada hari ini.  BYE ! 

Sentap tak.? sentap wey ! part yang dia kata dia sayang aku tuh dah heaven dah. tetiba pulak dia kata aku tak sayang dia. huhu... tak kan la aku tak sayang dia. aku ada sorang je kot adek pompuan. pikir punya pikir, aku rasa la ada a few reasons kenapa dia rasa macam tuh. hehe ;P

Muka bengang Si Amanina...

Actually aku dengan dia nh seems like sudu dengan garfu. (mari belajar perumpamaan baru) kalau kitorang nak buat sesuatu yang bagi benefits on both side, kitorang akan bekerjasama dengan baiknya. Macam sudu dengan garfu la kan. nak ambil nasi tanpa bersepah kena la bekerjasama. tapi, tak pernah dalam satu hari kitorang tak gaduh. Kah ! Kah ! mak aku selalu kata, aku ni langsung tak rock sebab gadoh dengan budak kecik. (aku tak pedulik!) Aku kan kakak. kena la ada talent buli adik. ;P lagi satu, aku suka dengki dengan dia. contohnya, masa raya mak aku akan belikan dia sepasang sandal dengan sepasang kasut. tapi aku kena pilih, nak kasut ke nak sandal. disebabkan rasa dengki yang membuak-buak, aku dengan muka tak bersalah akan ejek kata buruk lak ai kasut kau dik ! (padahal, mana ada barang budak2 yang tak cantik kan.? haha) Kesian adik aku........

Okla beb ! berhenti takat ni ajelah ok.? ni pon mesti dah berpinar mata korang nak baca. panjang sangat. Aku sayang la kat adik-adik aku wey. hehe. 

Dik, i'll love u till my last breath la ;)

Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !

Tuesday, January 4, 2011

Selamat pulang ke sekolah adik-adik !


..Assalamualaikum..

Pagi tadi, masa manusia lain tengah sibuk tidur berdengkur lepas subuh, aku blogwalking. Begitu tabah aku. Mana nak blogwalking, nak lawan ngantuk. Hebat kan .? Sila kata ya ! *_^ 

Amboi, syokla adik-adik kecik arini. sebab depa free-free je dapat publisiti. Orang semua duk ceghita pasal depa dok hari pertama sekolah hari ni. kenapa la ari tuh tak ada siapa nak cerita pasal aku baru masuk sem baru. erk.? haha

[ gambar : Google ]

Dalam banyak-banyak entri tu, aku tertarik dengan entri sorang mummy nh. Beliau dok story pasal scene anak-anak daranya pergi haircut. hoho. memang sejarah berulang kembali la. T___T sayangnya, internet problem tadi and link beliau hilang. damn! tak dapatla nak linkkan korang ke blog beliau. *sigh*

Ok. Mari kita ke tujuan sebenar. Scene yang mummy tuh tunjukkan adalah 100% sama macam scene yang aku selalu lalui dari kecik, tadika sampai la aku form 5. aku ulangi, form 5 ! Dari aku kecik sampai besar, bapak aku yang kacak bergaya tuh asyik la suruh aku potong rambut. sampaikan ada sorang autie tuh, nak ajak aku attend wedding kat rumah beliau, menggunakan dialog ini "abang, nanti jangan lupa datang rumah auntie ye?" Masa tu, semua orang ketawakan aku. Dan sejak tuh aku rasa bapak aku kejam. kah ! kah ! aku rasa beliau sangat kejam sebab beliau lah yang beria-ria tak bagi aku berambut panjang sedangkan kawan-kawan perempuan aku yang lain boleh pula rambut panjang. Makanya aku jadi seperti terlebih hensem dan populariti jatuh. (perlu ke.?)

Ini korang patut panggil boboy ke gegirl .?

Tapi, bila aku dah besar, terbalik pulak. aku rasa kejam gila auntie ngan uncle aku sebab biarkan anak diorang tuh berambut panjang. sian aku tengok budak-budak tuh... masa tengah syok main-main kena pulak berenti kejap sebab nak selak rambut. kalau masa aku kecik-kecik dulu tak ade hal la. main tanpa halangan ! haha. anak aku nanti macam mana erk.? 

 Walaupun kelihatan comel, namun terseksa (gelak jahat)

Bila cerita pasal sekolah, aku terus rindu zaman kecik-kecik dulu. syoknye sekolah ! kan.? kan.? rindu nak pakai baju putih dengan kain biru. (kesat air mata) anyway, untuk semua adik-adik, silalah belajar betul-betul. masa depan masih jauh. sila lari laju-laju untuk mengejar kecemerlangan. siapa yang jalan kedek-kedek macam itik pulang petang akan kerugian. betol tak.? Selamat Kembali ke sekolah !

Pesanan buat adik nina sayang, if u read my blog i just wanna say, I LOVE U so much ! study smart :)

entri panjang tanpa isi ilmiah ni aku akhiri dengan gambar adik aku masa darjah satu yang sekarang dah kurus bila masuk darjah 2. 

Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !

Friday, November 26, 2010

Rumahku syurgaku. hOhO


..Assalamualaikum..


hari ni aku nak cerita pasal journey to the south balik rumah. actually cerita nih dah basi pon. sebab dah 3 hari aku terperap kat rumah. tapi... nak citer jugak!


exam aku habis 19.11 tapi aku gatal isi nama untuk joint join tugas awam penang bridge marathon, aku terpaksa balik 22.11.. terseksa tau.? semua orang dah balik tinggalkan aku sorang. T____T  


mula-mula aku rasa bas gerak macam kura-kura. aku dah tidur.. bangun.. tidur.. bangun.. dekat 10 kali. tapi bila aku celik mata untuk kali yang ke-11 aku tengok dah masuk tol seremban. disebabkan aku sampai lebih awal daripada yang dijangkakan, terpakse la bersidai jap kat terminal 2 itu. *sigh*


HOHO. lepas je blah dari terminal 2, rutin yang boleh diibaratkan sebagai kebiasaan pon bejalan. jom chekidout!


POPULAR jom! 
best tuh. aku mintak bende alah ni untuk next birthday. sekali.. time tuh gak dapat terus. rezeki! rezeki! (tapi tak start bace ag. tidur lagi masyuk! teehee..)



dah alang-alang kan.. shopping sikit. tapi dah bosan. photo shoot pulak. tapi.. apehal orang pandang aku semacam. argh! hilang mood. 
gambar kecik je sebab buruk. wakaka!
   
masa nak balik tuh.. singgah 1 lagi tempat kegemaran. perut lapar.. dalam bas tak makan sebab tidur tak bangun-bangun...
big apple donut. tapi yang nh donushi.. saje nak rase yang nh pulak. selalunya kitorang 4 orang kongsi duit. awal-awal cuti ni, poket kembung lagi. *_^
pssst.. abang tuh kasik free 2. pastuh, deep coklat pon dye tambahkan sampai penuh 1 bekas. aku tak kenyit mate pon ok! hee~

lepas maghrib. perjalanan mesti diteruskan. perut mintak isi.. pizza hut pilihan hati.. actually, tiap kali aku balik je.. mesti makan pizza. yelah. kitorang bukanla kaya sangat. jadi parents aku decide, bila semua orang ada rumah.. baru boleh makan. nah! inilah masa yang sesuai.


sponsor kami malam itu :) tanks mummy & daddy...

kami pemangsa mereka mangsa..!

pemangsa yang kekenyangan~

si hidung kembang.. keh3.


dan. ia tamat disini. balik tuh.. semua tidur kekenyangan~ hilang rindu aku untuk 1 semester. hidup mesti diteruskan.. *tetibe*  okla.. aku nak kemas umah. bapak aku dah sound. HAHA. jumpa kamu dalam entry lain. tanks ea. daa~ 

Monday, May 3, 2010

.T______T.


Hari Ini : 03052010

status : R.I.N.D.U + B.O.S.A.N + T.A.K.U.T

mula dari hari nh, tinggal 3 hari lagi untuk paper HET123.tapi hati dah sampai rumah. :( tertekannye! (lagi bengang bile rumate dah bergolek-golek kat rumah. arghh!)

hari tue adik tercinta aku call.
nina : Long, bile ko nak balik nh?
me : minggu depan. jumaat. 7 mei.
nina : 7 mei (sambil kire 1 sampai 7) bukan esok ke jumaat? esok la kan ko balik. kan long?
me : (dah nak menitis air mate nh) bukan la dik. minggu depan. kan ade 7 hari lagi tu.
nina : nape lambat sangat?
me : sebab exam lah. paper tak habis, so mane boleh balik awal.
nina : owh. long, nanti bile ko balik jangan hantar ngan jemput nina pegi sekolah eh. 
me : nape plak?
nina : sebab takut. nanti ko bukan reti bawak moto.
me : (dalam hati : siap ko balik nanti!) hek eleh! kaklong ade lesen la.
nina : tak nak lah. tak caye kat ko. long, balik nanti masak ayam masak kicap ok?
me : for sure.

lepas tu, saye cakap nak letak phone la. nanti suro umi call balik.
dalam entry nh, nak bagi tau kat sume orang, tak sabar sungguh mahu pulang. umi pun dah hari2 telefon. memang rase macam nak terbang balik rumah sekarang je. nasib baik la ade exam ag. waaaaaaa~
tolong lah sabarkan saye!

haa..this is nina :) dulu hari-hari call ajak main pet society. apakah? ingat kat USM nh duduk goyang kaki ke dik? dahlah berukband mengong. wifi plak blog game dalam FB. maka, saye tpakse jadi lebih matang *_*
p/s : dye tak ske saye panggil dye adik. ngee =P



*tadi ade baca cerita pasal adik yang brilliant gak kat page cik areen..uhu..makin rindu la saye kat si gemok nh..wuuu :( *

nota kaki : saye masih belum sentuh buku yang suci itu. tolong la marah saye. moga-moga saye insaf. :(