Followers

Showing posts with label diri sendiri. Show all posts
Showing posts with label diri sendiri. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Jatuh cinta? oohh... W508 !


..Assalamualaikum..

Bila aku baca tajuk entri sendiri, aku pun terasa outdated. muahaha ! tapi aku pedulik ape. seriously, aku memang adore sangat dengan phone nh. design dye buat aku terasa comel dan girlish gitu! *haruslah* tambah comel kalau digabungkan dengan handmade hp strap. T___T 

W508 walkman

see.. adorable kan? oh! jatuh cinta !

namun sebenarnye, aku bukanla nak tukar phone sekarang jadi w508 sebab aku sayang kot Nokia 5530 xpress music aku tuh. first time dapat phone baru dari parents aku. cuma aku gatal-gatal nak tambah 1 phone lagi untuk memuaskan nafsu aku yang membuak-buak nak pegang dan pakai w508 nh. HAHA. 

tapi sekarang, phone nh memang takde yang baru. tinggal yang secondhand je. itu pun payah yang amat untuk didapati. huahuahua. eh, korang pakai phone nh gak ke? kongsila :)

asal senyum? kena kat diri sendiri lettewww! haha :)



Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !


Saturday, May 21, 2011

Rasa diri sendiri tak hebat ?

.. Assalamualaikum ..

hai semua. selamat datang ke belog biskut chipsmore. kejap ade, kejap takde. T__T (padahal tengah cuti semester) kene activate balik mood berbelog nh. *sigh*

ok. berbalik pada tajuk. 
kenapa aku tulis macam tuh? sebab memang tengah rasa macam tuh.
sepupu aku dapat tawaran further study kat australia.
maka, dengan automatiknya aku rasa macam loser !
because, aku cuma study dekat Malaysia tercinta.
padahal, target aku untuk study abroad jugak.
and 1 more things, australia is my dream country.
seriously, sangat kecewa. ! waaa.....


kalau nak ikutkan, memang kecewa yang ini, lebih teruk daripada kecewa bercinta. (seriously) tapi, kalau sedih-sedih pun tak akan ubah keadaan kan? takkan sepupu aku tuh nak tolak plak tawaran pergi australia sebab aku sedih sangat. itu tersangatlah tipu. maka, mari sama-sama kongsi tips macam mana nak rasa hebat.

1. tingkatkan rasa yakin diri. 
jujurnya, benda nh kejap ada kejap tak ada. itu lumrah. sebab setiap manusia dijadikan dengan kelebihan yang tersendiri. kan?
2. berfikiran positif.
contohnya aku. kalau aku duduk penang pun dah asyik rindu2 dengan family, macam mana kalau duduk australia? duduk malaysia bolehlah balik selalu. kalau duduk australia? haa...
3. percaya pada takdir Allah dan banyak berdoa.
bukan nak tunjuk alim okey ! tapi. ini hakikat. Allah lebih tahu untuk setiap apa yang telah Dia tentukan untuk setiap hambaNya. Mungkin ada yang lebih baik untuk kita.
4. berusaha lebih gigih.
dari kecil sampai besar, kita dipasakkan dengan pepatah, usaha tangga kejayaan. kejayaan kecil pun boleh bawa pada satu kejayaan yang besar. contohnya, hari nh kamu tau goreng ikan. esok-esok, masak sambal ikan. kan? HAHA. lari topik !
5. jujur pada diri sendiri.
kenapa kena jujur. sebab jujur memang penting. kalau jujur dengan orang dah penting, apatah lagi jujur pada orang lain. kan? contohnya, macam aku. aku sedih sebab sepupu aku dapat tawaran pergi australia tuh. tapi aku cuba untuk pendam. akhir sekali aku sendiri yang tertekan. at least, aku boleh nangis sorang-sorang dalam bilik ke, or maybe luahkan rasa tuh pada seseorang. lagi satu, jujur pada diri juga bawa maksud, kalau kita tau kita salah, kita kena terima. kena mengaku. jadi, dari situ, kita dapat nilai siapa diri kita yang sebenar. :) 

6. ok. korang pulak bagi aku sikit tips. semoga tips korang akan bantu aku.




Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !




Untuk pre-order tshirt muslimah zariya yang up to date lagi comel, korang boleh view katalog kat SINI. ada banyak design baru update :) Berbaloi! sekarang, aku ada tambah koleksi tshirt muslimah untuk kanak-kanak. jom tengok SINI.



Wednesday, April 27, 2011

Pernah kena timbil tak?

..Assalamualaikum..

hai semua :) waa.. dah melanggar pantang. patutnye tak boleh post entry sekarang. kan tgh exam week. tapi, betapa aku nak berkongsi rasa gundah gulana dalam hati, aku langgar jugak pantang itu. OH. aku baru habes satu paper. 3 more paper to go. chaiyok untuk diri sendiri !!

korang pernah kena timbil tak? aku xtau la korang panggil apa. tapi rupa dye mcm nh la.



boleh kata tiap kali exam mesti akan jadi benda nh. pernah dulu masa kat matrik, benda tumbuh sambil take turn. kalau mata kanan kena, mata kiri baik. then, mata kiri baik, mata kanan kena balik. sadis kan. doktor kata benda nh jadi sebab bakteria. huh. tak tau la. EH ! aku tak skodeng orang tau. musim exam aku skodeng buku je. teehee :) dan sekarang kena lagi.. nak turun kafe pun aku malu. damn !! 

kalau korang baca apa yang cik adah tulis dalam entry timbil beliau, korang akan faham apa sebab kena timbil and apa petua yang korang jugak boleh give a try. TQ cik adah :) 

ok. jom sambung study balik. minta semua doakan yang terbaik untuk aku. juga, baiklah cepat timbil aku nh. sakit. gatal. malu. semua ada. tapi dugaan Allah mesti ada hikmah kan? kita kena terima dengan hati terbuka. haa... baca entri cawan dan tasik nh. best.


korang ada info lain tak pasal timbil?




Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !



Untuk pre-order tshirt muslimah zariya yang up to date lagi comel, korang boleh view katalog kat SINI. ada banyak design baru update :) Berbaloi! ada beberapa helai baju aku nak let go. korang boleh pergi BLOGSHOP aku untuk cuci mata. TQ

Monday, April 18, 2011

wah ! asyraf muslim nak bertunang ?

..Assalamualaikum..


This MP3 was found at Dilandau MP3

hai semua. sila marah saya sebab masih hupdate belog walaupun telur telah berada di hujung tanduk. heeee :) *nak exam dah* oh. lagu kat atas tuh adalah lagu tema. HAHA



ok. anda boleh baca dari OH BULAN! untuk cerita pasal asyraf muslim. wah. kesianlah sape yang meroyan tuh. kalau malas baca oh bulan, aku quote sikit ape yang dye kate ok :)
Pelakon hensem Ashraf Muslim yang kini sibuk dengan aktiviti perubatan Islam telah memaklumkan kepada pihak media bahawa dia akan bertunang dengan seorang gadis berumur 24 tahun pada 23 April ini, di Gombak. Menurut Ashraf lagi, bakal tunangnya merupakan seorang doktor perubatan yang sedang menjalani praktikal di sebuah hospital di Melaka. Dia sudah mengenali gadis tersebut sejak setahun yang lepas dan ciri-ciri gadis tersebut yang merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang telah merebut hatinya.

aku tau berita nh, seminggu lagi awal dari OH BULAN. heee :) tapi since kawan aku kate belum ade tersebar, aku takut la kan nak tulis. sat gi kene saman. naya kaw !

aku baru berangan nak jatuh cinta kat asyraf muslim lepas aku tau Sein Adamaya tuh dah rujuk balik ngan bini dia. huuu :(  tapi, double kecewa lah aku bila dapat tahu pasal nh. maka, sila lah setia dengan fahrin ahmad :) HAHA *gelak gatal* tak pun nabil raja lawak pon okeh. alah! tapi reputasi buruk. uhuk. uhuk.


sangat suka dengan persembahan nabil dari minggu satu sampailah sekarang. huhu. tapi, spoil la sebab die buat hal. konfem2 peluang nak menang tu tipis. kan? bak kate abang ben, die kreatif. cuma sebab populariti artis Malaysia bergantung pada reputasi, maka..... (sambung seniri) tapi takpe, aku sokong kau nabil ! hidop negeri sembilan ! *tetibe*

oh. oklah. aku nak study. haaa.. cube tgk nh. aku dapat motivasi extrinsic. wahaha. maka, aku janji. ini post terakhir aku :) sampailah exam abes.

*sila tekan bagi besar*

ape pendapat korang? ada berani?



Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !



Untuk pre-order tshirt muslimah zariya yang up to date lagi comel, korang boleh view katalog kat SINI. ada banyak design baru update :) Berbaloi! ada beberapa helai baju aku nak let go. korang boleh pergi BLOGSHOP aku untuk cuci mata. TQ