Followers

Showing posts with label harapan. Show all posts
Showing posts with label harapan. Show all posts

Friday, October 7, 2011

kau suka yang comel-comel. OH ! itu OHsem :)


Assalamualaikum

very the terkejut aku tau bila tiba-tiba tengok follower bertambah. bila kaji dan terus mengkaji, rupanya belog aku jadi belog pilihan mak dara :) thanks mak dara !

Semester nh aku cuma ada 1 kelas je dalam sehari. hari jumaat pulak takde kelas langsung. *balikkgawalyeay!* maka, aku decide nak buat bisnes bagi mengisi masa lapang. T___T


keychain/hp strap daripada felt. klik image untuk jadi besar gedabak !

handmade yang penuh kasih sayang.ececeh. haruslah~ tapi design takla terhad macam yang aku tunjuk kat atas nh je. boleh request jugak design lain. kalau nak yang ready stok punya pun ade. atau mungkin korang nak selain dari hp strap or keychain pun boleh. insyaAllah :) email je aku missnafa@gmail.com and aku akan jawab pertanyaan dan terima tempahan korang dengan hati terbuka. harga? lingkungan RM3-RM5 bergantung pada design. boleh deal punya !




Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !

Saturday, May 21, 2011

Rasa diri sendiri tak hebat ?

.. Assalamualaikum ..

hai semua. selamat datang ke belog biskut chipsmore. kejap ade, kejap takde. T__T (padahal tengah cuti semester) kene activate balik mood berbelog nh. *sigh*

ok. berbalik pada tajuk. 
kenapa aku tulis macam tuh? sebab memang tengah rasa macam tuh.
sepupu aku dapat tawaran further study kat australia.
maka, dengan automatiknya aku rasa macam loser !
because, aku cuma study dekat Malaysia tercinta.
padahal, target aku untuk study abroad jugak.
and 1 more things, australia is my dream country.
seriously, sangat kecewa. ! waaa.....


kalau nak ikutkan, memang kecewa yang ini, lebih teruk daripada kecewa bercinta. (seriously) tapi, kalau sedih-sedih pun tak akan ubah keadaan kan? takkan sepupu aku tuh nak tolak plak tawaran pergi australia sebab aku sedih sangat. itu tersangatlah tipu. maka, mari sama-sama kongsi tips macam mana nak rasa hebat.

1. tingkatkan rasa yakin diri. 
jujurnya, benda nh kejap ada kejap tak ada. itu lumrah. sebab setiap manusia dijadikan dengan kelebihan yang tersendiri. kan?
2. berfikiran positif.
contohnya aku. kalau aku duduk penang pun dah asyik rindu2 dengan family, macam mana kalau duduk australia? duduk malaysia bolehlah balik selalu. kalau duduk australia? haa...
3. percaya pada takdir Allah dan banyak berdoa.
bukan nak tunjuk alim okey ! tapi. ini hakikat. Allah lebih tahu untuk setiap apa yang telah Dia tentukan untuk setiap hambaNya. Mungkin ada yang lebih baik untuk kita.
4. berusaha lebih gigih.
dari kecil sampai besar, kita dipasakkan dengan pepatah, usaha tangga kejayaan. kejayaan kecil pun boleh bawa pada satu kejayaan yang besar. contohnya, hari nh kamu tau goreng ikan. esok-esok, masak sambal ikan. kan? HAHA. lari topik !
5. jujur pada diri sendiri.
kenapa kena jujur. sebab jujur memang penting. kalau jujur dengan orang dah penting, apatah lagi jujur pada orang lain. kan? contohnya, macam aku. aku sedih sebab sepupu aku dapat tawaran pergi australia tuh. tapi aku cuba untuk pendam. akhir sekali aku sendiri yang tertekan. at least, aku boleh nangis sorang-sorang dalam bilik ke, or maybe luahkan rasa tuh pada seseorang. lagi satu, jujur pada diri juga bawa maksud, kalau kita tau kita salah, kita kena terima. kena mengaku. jadi, dari situ, kita dapat nilai siapa diri kita yang sebenar. :) 

6. ok. korang pulak bagi aku sikit tips. semoga tips korang akan bantu aku.




Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !




Untuk pre-order tshirt muslimah zariya yang up to date lagi comel, korang boleh view katalog kat SINI. ada banyak design baru update :) Berbaloi! sekarang, aku ada tambah koleksi tshirt muslimah untuk kanak-kanak. jom tengok SINI.



Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru 2011 dan harapan baru !


.Assalamualaikum.


Oh ! sangat cepat masa berlalu. Anyway, lets have a new and better start for this coming new year ! :) Hello 2011. 

Close your eyes and start making your wish ! 

Saya nak jadi yang lebih baik daripada tahun lepas :)

Semoga mereka yang sangat saya sayang ini akan dipanjangkan umur dan sihat selalu.

harap juga kita akan lebih dimurahkan rezeki dan seterusnya boleh jalan-jalan lagi, Yeay !

Persahabatan saya dengan mereka-mereka ini berkekalan. 



ok. lets stop here. tak kan wish yang annoying pn nak state kat sini kan. malu. malu ;p

Ya Allah, sesungguhnya hanya pada Mu aku menyembah dan hanya pada Mu jualah aku minta pertolongan.