Followers

Showing posts with label rumah. Show all posts
Showing posts with label rumah. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Balik rumah & Family Gathering :)


.Assalamualaikum.

hai semua :) kejap je masa berlalu kan? aku rasa macam baru je celebrate new year. budak-budak kecik pon, baru je start sekolah, alih-alih, aku dah nak duduk final exam. haish. tapi aku, hari-hari kata risau nak exam, belajar tak jugak. *ketuk kepala*

since kelas dah habes and study week dah start, aku pun balik kampung :) dah bagi tahu kan dalam entri ini. aku tak rasa menyesal langsung balik. walaupun xstudy hape pun. *mcm la skrg nh aku stdy* instead of rehat-rehat kat rumah, aku buat pertama kalinya dapat join family gathering. huhu. (untuk family gathering sebelum2 nh, selalu je tak dapat balik) excited sangat tau ! haruslah aku makan, langsung tak ikut sunnah nabi. T____T kenyang sungguh. 

peringatan : sila bersedia untuk scroll down tak henti2. heee..

menu : nasi arab, sambal daun kayu, rendang uwan, lemang
punyalah banyak makanan. memang lepas gian kaw!

muka terperanjat orang nak snap gambar :)

esok : makan kenduri. pon sodap. ade tapai. makan lagi !
 
my relatives from Singapore :) 

again. my relatives from singapore & also us from N9. :)

main purpose family gathering nh, just about to celebrate my relatives je pon. they came all the way from singapore untuk pergi kenduri yang esoknye tuh. but then, my aunt decided to have a small family gathering for us too. so, enjoy jelah kan. hehe. makan free, jumpa relatives, kacau budak2 kecik. exciting kan? will remember this moment. ALWAYS.. eh jap, TQ untuk acik aishah utk makanan & gambar2 nh jugak. (lupa nak transfer gambar yg kat dalam kamera sendiri)

ok. tamat! nanti aku nak cerita ape yang jadik mase nak OTW nak balik USM plak. tunggu ok. tapi maapla. cerita dah basi. heeee lagik sekali :)




Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !




Untuk pre-order tshirt muslimah zariya korang boleh view katalog kat SINI. ada banyak design baru update :) Berbaloi! 


Saturday, February 5, 2011

Oh, Tidak !


.Assalamualaikum.

wah ! lame sesangat tak hupdate  belog ini. hari-hari bukak tengok hupdate kawan-kawan laen. tapi diri sendiri punye belog tak hupdate-hupdate. malas betol diri seniri nh. boleh effect markah evaluation jadi menantu ini. OK. itu statement gatal.

Cuti dah nak abes ok ! esok dah nak balik penang. tak sanggup mak nyah ! segala mimpi indah akan tukar jadi nightmare. paling tak syok, kene makan makanan yang tak memenuhi selera balik. huk. huk. SADISNYE !

mummy, badan saya panas balik. demam. boleh postpone tak jadual untuk balik USM? bolehlah..... ;(


okla korang. otak tak boleh pikir waras-waras nh. demam.. huhu. doakan aku cepat sembuh ok. !

Oh sebelum tuh, meh tengok PreOrder tshirt muslimah zariya kat album ini. kalau suka order aje.


Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !

Sunday, December 5, 2010

Fenomena cuti sekolah


..Assalamualaikum..

sekejap je dah 2 minggu aku.. kau.. dan semua yang lain bercuti dan berlibur bersama kan.? =.=  kalau sahaja telah pulang ke kampung dan menetap di rumah, mesti sahaja akan wujud fenomena yang sama yang akan berlaku setiap kali cuti sekolah menjelma.. (try bahasa sastera .. hee..)

Request nak makan macam-macam seolah-olah baru pulang dari afrika
Perkara ni memang rutin la. tiap-tiap saat tekak akan lapar.. *_^ umi akan menjadi sangat pening sebab tak tau nak ikut kehendak siapa.. 

Rebut-rebut remote TV 
Last week aku gaduh ngan angah sebab nak rebut tengok drama apa tah and dia pula nak tengok hoki sukan asia.. aku menang! HoHo. (rumah aku tak ada astro. sadis!)

Window meeting
Teehee :) korang ingat suri rumah je ke buat mende nh..? aku adik beradik pun sangat suka. lepas tuh imbau kenangan lama.. syok!

Hosewife training
Huh! training nh.. aku dah ambil sejak dari lepas SPM lagi. tapi masih ada gak part-part yang aku akan fail. goreng cekodok/jemput-jemput misalnya. bila aku masak pula, aku akan paksa semua orang puji masakan aku dulu. baru mulut aku senyap. haha. keji!

Buka gelanggang gusti
walaupun adik beradik aku, 2 gegirl. dan 2 boboy. tapi masih mampu bertarung. hee :) adik nina yang selalunya akan nanges dulu. lepas semua dah kene marah, baru nak senyap.. 
kesayangan aku...

Vacation
Aku yakin dan percaya. semua orang mesti melakukan ini.. secara randomnya, family aku akan sekurang-kurangnya ronda-ronda kota melaka untuk memuaskan hati.. kali ni kitorang pergi langkawi ngan cameron. tapi aku tak sempat nak cerita lagi ~
Langkawi yang syiok!

Online macam esok nak kiamat
Cuti kali ini sangatla heaven. internet berwayar dah ditukar kepada Wi-Fi. maka berebut adalah tak perlu.. jom main pet society! (kanak-kanak!)
Pet Society di FB..

Treasure hunt
Kenapa treasure hunt.? barang aku selalu je hilang. yang paling common tentunya telefon bimbit..!

Beradu
Bahasa tak nak kalah. ingat anak raja ke kau..?! siapa yang tidur paling lama, akan kena bebel paling lama. Haha ;)

Pssstt ! fenomena cuti korang sama tak dengan aku..?