sebelum tue, kalau saye tanye korang semua, ape la pendidikan khas tu?
(dengan yakinnye, mesti ade yang jawab macam yang kat bawah)
.: alah, cikgu yang tolong basuhkan berak murid tuh! *kejam*
.: oh, cikgu yang ajar A,B,C hari2 kat student dia sbb student dye lembam, payah nak dapat orang ajar.
.: alah,cikgu yang kerje senang tapi dapat gaji extra RM250. dahla ada pembantu murid.
.: cikgu yang ajar budak cacat tuh! (jawapan paling senang kan?)
.: ape bende cikgu pendidikan khas 2? (out of date!!)
apela korang, jawapan langsung tak ilmiah!! dah la 2, boleh nak condemn kerjaye saye? dulu2 boleh la saye tunduk2 sebab malu dan menyesal sebab dapat course nh, sekarang, biar saye jawab!! *geram nh!*
mula2 saye akan jawab dalam konteks guru biasa. guru ibarat lilin yang membakar diri untuk orang lain. adeh! puitis plak, kalo bagi ayat senang sikit, maka bunyinye macam nh : alahai, korang2 semua yang jadi doktor, engineer, pilot, saintis dan pelbagai lagi kerjaye hebat tu, sape yang ajar? bukan cikgu ke? kalau tak, korang2 semua, konfem2 buta huruf,
berbalik pada persoalan tadi, apela cikgu pendidikan khas 2?
ok, secara kasarnya memangla cikgu yang mengejar kanak-kanak cacat. cuma, ayat tu tak sedap untuk didengar. lebih tepat dan senang kala korang cakap, cikgu untuk kanak-kanak berkeupayaan khas. ok? cikgu pendidikan khas pun ada 3 cabang utama, dan mungkin akan jadi 4 tak lama lagi. cikgu untuk kanak-kanak masalah pembelajaran, cikgu untuk kanak-kanak masalah pendengaran dan cikgu untuk kanak-kanak masalah penglihatan. ada ura2 nak wujudkan plak cikgu untuk kanak-kanak gifted macam Adi Putra tu.
berbalik kepada bidang tugas, cikgu pendidikan khas nh, bukanla pergi sekolah goyang kaki, hari2 ajar A,B,C, 24hb lari ambil gaji. bukan2. bosan kot nak ajar A,B,C hari2! budak tu pun naik muak tengok muka cikgu, pandang cikgu je nampak huruf A,B,C.. pandang huruf A,B,C je ingat cikgu.. budak2 pendidikan khas nh akan ikut kurikulum yang sama jugak dengan budak2 normal cume flow lambat sikit dan sebab nak ikut kemampuan budak 2. contoh la, kalau la umur Ali nh 10 tahun, tapi mental die baru dalam lingkungan 7 tahun, cikgu akan ajar die silibus budak darjah 1 la. (setakat nh faham?) tapi, aim utama kitorang untuk budak2 nh, sebelum diorang habis sekolah, mesti tau bace, kire dan tulis. (tapi ade gak yang gagal capai matlamat ni.)
hakikatnya, budak pendidikan khas nh cuma lambat, itu pun depends, kalau ada yang superb tu, tak pandang muke cikgu yang tengah mengajar pun kalau cikgu tanya soalan boleh jawab. (ha, korang boleh ke?hehe) maka, kesimpulannya, diorang nh maseh ade la kan peluang yang besar untuk belajar? salah satu ikhtiar untuk pastikan yang budak2 nh satu hari nanti dapat jugak sara hidup bile dah besar, turut diwujudkan kurikulum kemahiran hidup. dalam subjek ni, kitorang akan ajar budak2 tu menjahit, memasak, berkebun, pelihara ikan dan banyak lagi la. kalau cikgu yang buta menjahit, pegang cangkul pun salah, masak terlebih garam 2, boleh ke nak ajar budak2 nh? kalau dalam ayat yang ringkas dan sedikit
lagi satu, cikgu pendidikan khas nh kadang2 akan jadi kawan, mak bapak, adik beradik, kat budak pendidikan khas nh. sebab ape? mak bapa, adik beradik, orang kelilng semua tak hirau diorang sebab diorang tu kelainan upaya. *kolot la korang!* budak2 nh selalu lonely. apela salah diorang. kawan saye penah cerita yang ada sorang cikgu pendidikan khas tu, tak dapat balik raye sebab dia ajar sekolah pendidikan khas yang asrama. maka, mase raye, mak bapak tak mahu amek anak, bawak balik kg. (sedih kan?..sampai hati) kalau pegi sekolah tau, ade budak2 yang tak henti2 cerita tau.. hehe :) comel~
ok, dah nak penutup nh, mintak sabar sket. macam dah kate kat atas tadi, mak bapak ada yang tak mau hirau anak diorang kan, maka cikgu adalah insan yang bertanggungjawab tolong diorang. mostly, semua budak2 yang masok sekolah mesti tau urus diri
lagi 1, fikir kan kata2 nh, orang zaman sekarang, suka hisap rokok, minum arak, ambik dadah, pemakanan tak sihat n ia adalah faktor yang menyebabkan lahirnya anak yang khas nh. maka, sape nak ajar kalau tak ade orang macam kitorang. nanti lepas nh, saye nak tulis entri pasal sebab2 anak khas lahir dan kategori diorang. okies??daaaaaaaaa~ nak pergi pasar malam nh :)
FOOTNOTE : feel free to have your opinion :)
3 orang Jual Pantun:
ya! sya di sebelah pihak anda.
kami guru malaysia..
bikrar dan berjanji..
lalalululiiilui~
nice info..
thx for sharing..
selama ni tk terpikir pun nk pk tugas2 secara mendalam ni... my mom was a teacher.. so sikit sebanyak..paham la tugas2 cekgu... :P
nisya : jgn berikrar tapi xlaksanakan tau.?
izzlin : hehe.. info biase je. tQ 4 reading~
Post a Comment