Followers

Wednesday, June 1, 2011

1st Luck Draw Giveaway KZNabihah Boutique

* entri melekat hingga 31 Mei. sila scroll bawah *

..Assalamualaikum..

hai semua :) Mari join contest lagi ! kali nh contest dari trendy shawl


pernah dengar / view tak blogshop ni? famous tau. item yang cik bihah jual semuanya menggoda jiwa tau. harga pulak memang berpatutan :) kalau ada membercard, lagi untung. 

apa yang best sangat kat trendy shawl ni?

suka sangat pada boyfreind shirt yang eksotik + jacket yang classic :)
[gambar : blog + fanpage trendy shawl]

disebabkan hadiah contest nh super duper lumayan, haruslah ajak kawan-kawan lain join :) meh-meh cik nisya, kaklong aisyah & semua readers lain. kasi meriah ini contest :) 

sekian, dan semoga bertuah 
oh, kalau nak join, boleh lihat entry ini...

Monday, May 30, 2011

Salma juara mentor 5 !

..Assalamualaikum..

Hai readers. korang ada tak merasakan bahawa mentor tu lagi best dari AF ? sila kata ada. heee :)

jadi, seperti yang aku jangkakan, mestilah Salma yang akan menang. dan akhirnya, memang Salma menang. hehe. tak sia-sia TV3 pertimbangkan cadangan untuk bawak salma sekali ke final. kan? kan? kepada peminat shiha ngan iqa, sila cuba lagi tahun depan. :)

tapi lagi suka baju salma yang warna biru tuh. tapi malas nak tunggu lama.



Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !

oh, kalau aku buat pre-order cardigan labuh ada yang nak tak?

Untuk pre-order tshirt muslimah zariya yang up to date lagi comel, korang boleh view katalog kat SINI. ada banyak design baru update :) Berbaloi! sekarang, aku ada tambah koleksi tshirt muslimah untuk kanak-kanak. jom tengok SINI.

Saturday, May 21, 2011

Rasa diri sendiri tak hebat ?

.. Assalamualaikum ..

hai semua. selamat datang ke belog biskut chipsmore. kejap ade, kejap takde. T__T (padahal tengah cuti semester) kene activate balik mood berbelog nh. *sigh*

ok. berbalik pada tajuk. 
kenapa aku tulis macam tuh? sebab memang tengah rasa macam tuh.
sepupu aku dapat tawaran further study kat australia.
maka, dengan automatiknya aku rasa macam loser !
because, aku cuma study dekat Malaysia tercinta.
padahal, target aku untuk study abroad jugak.
and 1 more things, australia is my dream country.
seriously, sangat kecewa. ! waaa.....


kalau nak ikutkan, memang kecewa yang ini, lebih teruk daripada kecewa bercinta. (seriously) tapi, kalau sedih-sedih pun tak akan ubah keadaan kan? takkan sepupu aku tuh nak tolak plak tawaran pergi australia sebab aku sedih sangat. itu tersangatlah tipu. maka, mari sama-sama kongsi tips macam mana nak rasa hebat.

1. tingkatkan rasa yakin diri. 
jujurnya, benda nh kejap ada kejap tak ada. itu lumrah. sebab setiap manusia dijadikan dengan kelebihan yang tersendiri. kan?
2. berfikiran positif.
contohnya aku. kalau aku duduk penang pun dah asyik rindu2 dengan family, macam mana kalau duduk australia? duduk malaysia bolehlah balik selalu. kalau duduk australia? haa...
3. percaya pada takdir Allah dan banyak berdoa.
bukan nak tunjuk alim okey ! tapi. ini hakikat. Allah lebih tahu untuk setiap apa yang telah Dia tentukan untuk setiap hambaNya. Mungkin ada yang lebih baik untuk kita.
4. berusaha lebih gigih.
dari kecil sampai besar, kita dipasakkan dengan pepatah, usaha tangga kejayaan. kejayaan kecil pun boleh bawa pada satu kejayaan yang besar. contohnya, hari nh kamu tau goreng ikan. esok-esok, masak sambal ikan. kan? HAHA. lari topik !
5. jujur pada diri sendiri.
kenapa kena jujur. sebab jujur memang penting. kalau jujur dengan orang dah penting, apatah lagi jujur pada orang lain. kan? contohnya, macam aku. aku sedih sebab sepupu aku dapat tawaran pergi australia tuh. tapi aku cuba untuk pendam. akhir sekali aku sendiri yang tertekan. at least, aku boleh nangis sorang-sorang dalam bilik ke, or maybe luahkan rasa tuh pada seseorang. lagi satu, jujur pada diri juga bawa maksud, kalau kita tau kita salah, kita kena terima. kena mengaku. jadi, dari situ, kita dapat nilai siapa diri kita yang sebenar. :) 

6. ok. korang pulak bagi aku sikit tips. semoga tips korang akan bantu aku.




Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !




Untuk pre-order tshirt muslimah zariya yang up to date lagi comel, korang boleh view katalog kat SINI. ada banyak design baru update :) Berbaloi! sekarang, aku ada tambah koleksi tshirt muslimah untuk kanak-kanak. jom tengok SINI.