Followers

Sunday, October 31, 2010

Kita tak sedar kesalahan sendiri ;(


. Assalamualaikum .

Note ini ramai yang share dalam FB. memandangkan maybe ada kawan-kawan yang tak jumpa note nh, aku share dalam blog pula. sedeh kan.? kita tak sedar pun lawak-lawak yang kita baca tiap-tiap hari tuh ada maksud terselindung. macam cerita kat bawah ni. . .

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih
Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah.. tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mechine gun.! lalu salah seorang lelaki tu bertempik.!
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamuSelepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri .. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....

Macammana..? lawak kan.? selain terhibur anda Fikirkanlah...

"Lawak kan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yg betul-betul BERIMAN... "

*Lawakkan? berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya...
kedua lelaki hanya membawa mechine-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang, amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi ~

*Lawak? ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat...
tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

*Lawakkan? ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran...

*Lawakkan? berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia...

*Lawak tak? kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAH alahai.. tak cukup masa..

*lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama...~

Persoalannya .?
berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca?

huhu. so. apa komen anda .? Insafkan.? hari2 kita gelak ketawa. tak sedar pun realiti yang mcm ni. so. Selamat Beramal *_^


Friday, October 29, 2010

Hobin Jang Hobin


. hai semua :) assalamualaikum .

esok kan final piala Malaysia. Korang sokong mane..?


siapa baca entry nh mesti sokong negeri tercinta aku. weehuu~

NEGERI SEMBILAN BOLEH !
Hobin Jang Hobin ~

jangan gaduh kat stadium ok. malu la.

p/s : esok semua berangkat pulang. aku tinggal sorang ;(

Sunday, October 24, 2010

9 kategori lelaki yang perempuan rimas ~


Hai. Assalamualaikum.

kejap je dah hari sabtu. kejap juga semester dah nak tutup. revision tak buat lagi. mari insaf sama-sama rakan-rakan.

semenjak dua menjak ni aku asik nak emo je. lagi-lagi kalau bab lelaki. tah kenapa aku rase lelaki yang berdekatan & sekeliling aku semakin annoying sekarang. meh aku kongsi sikit lelaki yang macam mana adalah annoying. kalau anda-anda rasa aku pun annoying, aku tak paksa pun baca. 


1. Lelaki kaki paksa.
aku bukan la nak kata aku diva. tapi lately nh, ramai pula jejaka bukan idaman yang selalu text inbox hp aku. kalau inbox fb aku boleh terima & kadang-kadang aku reply juga. sebab free. haha. keji.! masalahnya, kalau aku tak reply msg yang mereka itu layangkan pada aku, mulalah ada sms susulan. aku nh sombongla, belagakla, sampai hati la. aduhai. tambah teruk lagi. misscall aku banyak kali. nasib baik hp tuh penting. kalau tak aku campak luar je. kalau aku silent kang, takut pula if mak aku call ke. coursemate ajak discussion ke. serba salah aku.!

2. Lelaki suka tinggi diri.
yang nh contoh terdekat ada dalam family aku sendiri. tiap kali dia senaraikan kelebihan dia dan dengan tanpa segan silu kata kat aku, kau mana boleh buat macam nh.. aku rasa macam nak tarik lidah dia bagi putus.! kau ingat ko bagus sangat.? dalam kubur nanti, Malaikat tanya amalan. bukan kelebihan.


3. Lelaki yang emosional.
selama aku dekat USM ni. macam-macam jenis pemimpin aku jumpa. yang cool dan hemsem & berkaliber. ehem! yang cool, hensem, tapi tak reti keje. yang tak hensem tapi keje tiptop dan ada juga yang tak hensem, keje tak siap, emosional pulak. kalau lelaki macam ni, aku sah-sah anti. lagi-lagi kalau aku kena marah tak pasal-pasal. masa aku keje dengan lelaki macam ni, aku terus terang je. aku senang, kawan-kawan aku pun senang.~

4. Lelaki yang suka lebih-lebih.
contoh lelaki jenis ni adalah bila kita cuma senyum je dengan dia. lepas tuh dengan rela hatinya dia tolong kejutkan tidur, ajak msg mula daripada subuh sampai isyak. lagi satu lagi, bila paksa aku bagi no phone. lepas aku dah bagi, dia call aku tak henti-henti. padahal baru 10 minit yang lepas dia jumpa dan kenal aku. apehal kau.?! nasib baik aku bagi no phone untuk bisnes. so, takla sakit hati sangat.!

5. Lelaki gila publisiti.
bro.. u ada masalah ke, sampai nak kena cari publisiti.? relax la. saja buat pos yang sedih-sedih kat FB. lepas tanya kenapa.. saja nak orang komen. baik kau pergi study. banyak faedah!

6. Lelaki ambil gambar syok sendiri.
haha.! aku tak nafikan, perempuan lagi ramai yang buat benda nh. kan.? ngaku cepat. aku pun sama. tapi, bila lelaki yang buat, aku rasa. huh!! hilang macho korang wey! bagi aku lelaki sesuai ambil gambar ramai-ramai. tak pun, ambil gambar seorang tapi orang lain ambilkan. nampak lebih murni kata orang~

7. Lelaki gatal.
kalau dah macam nh, semua pun tak suka kan.? atau sebab aku nh gaya je ladies tapi hati sangat otai. so. aku sorang je tak suka.? entahlah. yang pasti. aku dan kawan-kawan seangkatan aku akan blacklist lelaki yang berada dalam kategori ini.


8. Lelaki yang nak tapi malu.
kadang-kadang aku kesian dengan lelaki macam ni. yela kan, sebabkan pemalunya yang melampau sangat tuh, gadis idaman dengan senang hati meninggalkannya. padahal hari2 msg dari lepas subuh sampai subuh esoknya. dah siap layan macam awek lagi. tapi kononnya lidah kelu nak berkata-kata. tak boleh sabar dengan lelaki macam nh. seolah-olah gantung aku tanpa tali.

9. Lelaki kaki kutuk.
hye u! apesal kutuk akum kau nh..? kan aku dah kata tadi, kalau takde keje sangat, pergi study! exam kan dah dekat. dia kalau kutuk tuh, tanpa segan silu. kawan-kawan sekolah aku dulu, kat mana-mana pun boleh mengutuk. even dia jalan belakang perempuan tuh pun dia boleh kutuk lagi. tak payah la kutuk orang abang!~ tengok-tengok nanti, wanita pujaan kamu juga begitu. serve u right! 

 aku minta maaf kalau aku terkasar. memang kasar kot. tapi ini luahan jujur. rasanya perempuan lain pun ada dua tiga hal yang dia bersependapat dengan aku :) lagi sekali aku minta maaf. tapi kalau berubah pun tak rugi kan.?

p/s : apa-apa pun, jejaka itu tetap pelengkap bagi seorang gadis ~

Monday, October 18, 2010

Bila bosan dalam kelas....


..assalamualaikum..

Masa orang kecoh-kecoh nak kawen 10.10.10 hari tuh, aku pun rasa-rasa macam teringin gak nak kawen. *blushing* dalam masa yang sama, kelas hari tuh pun teramatlah bosan. grrrr ~

maka, terjadilah dialog mental antara akuh dengan rumate a.k.a kawan sebelah dalam kuliah a.k.a cik nisya.

aku : ampa, kami rase kami nak gak la ade pakwe. tapi mesti couple kat tarikh 20.10.2010. haaa~ 
nisya : eh. comel2 tarikh tuh. bole la tuh. kami couple ngn ****** pon tarikhnye secantik itu juga. heee~
aku : *buat muka gedix* dengan sape ea..? cepat2 tolong pk.
nisya : eh ampa. sempat ke.? ari nh dah 12hb. lagi 8 hari je.
aku : *muka confident plak* sempat! kan kite cuma perlukan 1 minit je nak sayang orang. 8 hari. maksudnye ada berapa minit tuh.? hehe :)
nisya : uhu. ade2 saje. bole ke macam tuh.?
aku : boleh! kalau berjaya kita buat filem. 8 hari mencari cinta. wakaka~ kalau x sempat, ada 2 tarikh lg yg exactly the same. 20.11.2011 & 20.12.2012.

haaa... merepek kan sume tuh. sape suruh lecturer tuh bosan sangat. kan.?
sekarang dah 18hb. ak sempat :(  kecewa. haha!~ kita sambung misi nh tahun depan pulak. 

muka gembira budak gedik suka cakap dalam kelas :)
kitorang berjaya buat week of baju kurung tau last week.

p/s : jangan tiru kami ea~

Saturday, October 16, 2010

black head ! petua vs cara moden :)


assalamualaikum :)

hari nh kan hari sabtu. disebabkan nak keluar poket dah kosong, maka duduk bilik, tilik muka. eh cantik jugak saya. haha. tengah sibuk berangan, baru aku terperasan satu benda. ada black head la. hodoh-nye! dan itu membawa kepada dilema.

selepas men-google dengan gigihnya, aku jumpa ini :

PETUA MENGHILANGKAN BLACK HEAD 

1. rendamkan tisu dalam 2 biji putih telur.  lekapkan tisu tu pada tempat yang ada black head. dah kering, tanggalkan. basuh muka.
2. minyak zaitun + sebiji telur, digaulkan. sapu pada muka. lepas 30 minit, basuh muka anda.
3. sebiji limau nipas dibelah dan diambil airnya. campurkan dengan garam. sapukan pada muka. biarkan sekejap, dan basuh muka anda. buat 3 kali sehari.
4. daun nangka beberapa helai dilumatkan, campur sedikit air. sapu pada muka. biarkan ia kering. kemudian, basuh muka anda.

  
tapi ...
ada seorang blogger nh, dia cadangkan benda kat sebelah ni. murah je pun. masalahnye, muka aku sesuai ke..? serabutla. huhu nak cantik punya pasal :(







anyway, kalau korang-korang semua ada cadangan lain, tolongla hamba ye..? risau nh.. seolah-olah rasa macam jawab exam dengan jawapan yang salah.!

eh. okla. nak sambung buat assignment yang dah tangguh berminggu-minggu. tolong ea, semua..*muka berharap* lagi satu, korang pergi la sini, tengok shawl baru aku :)

Tuesday, October 12, 2010

Hati Saya Siapa Punya ~

Assalamualaikum :)

tak boleh buat kerja la. hati ada kat tempat lain. 
I MISS UMI + AYAH + SEMUA

umi dah bagi green light nak balik. tapi, rasa macam tak sempat je.
assignment yang bertimbun-timbun nh sapa nak siapkan.
huhu :(

Tapi saya sedang confius jugak !~

dah lama tak rasa macam nh. jujurnya saya benci perasaan nh. 

tQ sebab bace entri tak ada motif ini ~

p/s : bagi kata-kata semangat siket *_*