Followers

Friday, December 31, 2010

Semuanya untuk mereka ..


..Assalamualaikum..

huh ! mata aku tengah juling, belakang aku pun sakit, jari aku kebas. aku baru siap jahit award untuk gula hati aku .. T____T

Mereka gula hati saya. Sayang anda semua sampai mati ! promise.

actually, aku memang janji dengan diri sendiri nak bagi something kat depa-depa nh. aku ingat nak buat masa dalam cuti ari tuh tapi sebab busy terlampau, hari nh baru sempat buat. hihi. 

mengharapkan kepuasan hati mereka :) Anugerah : Sahabat terbaik !

kepada gula hati saya..
saya mungkin bukan sahabat sejati yang anda cari. saya juga mungkin bukan sahabat yang selalu ada di sisi. hakikatnya, rasa sayang itu tetap tersemat dalam hati dan ia tak punya galang ganti. setiap waktu bersama setiap dari kamu akan aku kenang sampai akhir hayat. itu janji aku. terima kasih sahabat !

Monday, December 20, 2010

Habiskan semua stok lama.


..Assalamualaikum..

Masa kemas barang semalam, aku jumpa stok shawl + cardigan yang tak habis jual. Jadi aku nak clearkan benda tu dalam masa seminggu terakhir cuti ni.

Checkered Pashmina
RM 15
*Free Postage*

Checkered Pashmina
RM 15 
*Free Postage*

Checkered Pashmina
RM15 
*Free Postage*

Chiffon Shawl
RM 10
*Free Postage*

Brown Puffy Sleeve Cardigan + Belt
RM 30
*Free Postage*

Preloved Black Bag
RM 15
*Free Postage*

Sila abaikan model yang tak cantikdan gemuk itu. Jika berminat, boleh tinggalkan komen kat bawah nh beserta email/no telefon anda untuk aku halo ! halo ! atau email terus ke missnafa@gmail.com

SELAMAT SHOPPING AKHIR TAHUN !

Sunday, December 19, 2010

Anda kini di zon bahaya.



..Assalamualaikum..

baru je aku rasanya aku tulis pasal fenomena cuti sekolah. tiba-tiba je dah nak habis pun cuti aku. mod sekarang : FRUST ! T___T

walaupun pasti akan ada kegembiraan bersama rakan-rakan, namun kegembiraan bersama keluarga pastinya lebih berharga kan.? (menitiskan air mata) 

Mari imbas aktiviti bersama yang dilakukan cuti kali ini ..

Langkawi Island

Gua kelam yang ditutup akibat banjir

Cameron Highland 

Melaka Wonderland

Jejak kasih. Bersama nenek ayah

akan sayang anda semua hingga hembusan nafas yang terakhir. itu janji aku. Ya Allah, rahmatilah keluarga kami.

Bul Bul Craft Giveaway :)


..Assalamualaikum..

Kawan-kawan. jom join Giveaway Bul Bul Craft ..
hadiah yang ditawarkan adalah sangat syiok !


Apa tunggu lagik.? kejap lagi giveaway nh akan expired.. hee :)
Klik SINI..

Tuesday, December 14, 2010

Blogger Baru Pilhan (2010)


..Assalamualaikum..

INI POST MELEKAT.. OK !

Sebelum aku membebel panjang, cuba tengok gambar bawah nh ! sila hayati. hihi



 haa.. korang tengok ! mereka support aku. korang bila ag..? teehee :)
ni nombor blog aku ..

oh ye ! blog aku ada dalam kumpulan 9 tau :)

disebabkan sikap aku yang terleka. maka aku dah rugi 1 hari !

tinggal hari nh sampai Jumaat nanti .. :(

Korang mesti tak mau aku merajuk kan..? meh pergi kat BPM untuk campak-campak undi korang.. teehee :) 

psstt.. ingat tau. kumpulan 9.. no 338

Thank You in advance untuk semua undi tu...
JASAMU DIKENANG !

Thursday, December 9, 2010

Sein dan Nana berpisah.


..Assalamualaikum..

Disebabkan aku sedikit slow bila melibatkan bab-bab artis nih.. dah malam baru aku nak buat entry pasal Sein pujaan dengan Nana yang dah sah bercerai itu. out dated lah aku nh.. huhu =.=

google bagi



ada orang kata.. masuk sehati berdansa je terus terpisah jadi dua hati.. alahai ! karut la.. jodoh pertemuan kan di tangan Allah. unbelievable la... Sein kan nampak cool.. hensem.. tolerant.. haha! pengaruh adamaya..!

anyway.. mahkamah puji mereka sebab selesaikan hal ni dengan cara baik.. salute la bro ! lepas nh awak kene teruskan hidup dan masuk meminang saya ea.. keh3!

psstt.. Ada ke lelaki yang macam dalam Adamaya tuh agak-agak .. ?

Wednesday, December 8, 2010

Blog Baru (2010) Pilihan


..Assalamualaikum..


Demam Blog Popular Malaysia masih belum kebah. Korang semua boleh tengok keputusannya kat sini. Sekarang demam Blog Baru Pilihan pula yang menyerang blogger-blogger Malaysia kini. Aku pun dah turut sama berjangkit dengan mereka-mereka yang dilanda demam ini.. T____T




Undian kali ini khas untuk blogger baru yang start berblog tahun nh (2010). Kiranya orang macam aku la.. :) aku start tulis blog masa birthday ayah. 29 Mac 2010. Entry pertama aku adalah sangat tak best dan aku sangat malu .. ! oh.. ye. ni link entry first aku :
http://anakpakcikanuar.blogspot.com/2010/03/rising-of-star.html


Aku tulis blog just untuk suka-suka dan kongsi cerita. kadang-kadang aku lupa jap pasal blog. busy la kononnye. aku cuba-cuba masuk BPM nh pun untuk suka-suka. at least, kalau tersenarai.. ada la juga orang yang akan datang baca blog picisan aku ni.. kan.? terharu sebentar *_* nak jadi macam Fatin Liyana tuh memang adalah sangat tak mungkin.. tsk.. tsk..


psst.. kalau aku tersenarai.. tolong undi ea :)


terima kasih daun keladi. setiap hari tabur undi. biar ranking jadi tinggi ~
  

Sunday, December 5, 2010

Fenomena cuti sekolah


..Assalamualaikum..

sekejap je dah 2 minggu aku.. kau.. dan semua yang lain bercuti dan berlibur bersama kan.? =.=  kalau sahaja telah pulang ke kampung dan menetap di rumah, mesti sahaja akan wujud fenomena yang sama yang akan berlaku setiap kali cuti sekolah menjelma.. (try bahasa sastera .. hee..)

Request nak makan macam-macam seolah-olah baru pulang dari afrika
Perkara ni memang rutin la. tiap-tiap saat tekak akan lapar.. *_^ umi akan menjadi sangat pening sebab tak tau nak ikut kehendak siapa.. 

Rebut-rebut remote TV 
Last week aku gaduh ngan angah sebab nak rebut tengok drama apa tah and dia pula nak tengok hoki sukan asia.. aku menang! HoHo. (rumah aku tak ada astro. sadis!)

Window meeting
Teehee :) korang ingat suri rumah je ke buat mende nh..? aku adik beradik pun sangat suka. lepas tuh imbau kenangan lama.. syok!

Hosewife training
Huh! training nh.. aku dah ambil sejak dari lepas SPM lagi. tapi masih ada gak part-part yang aku akan fail. goreng cekodok/jemput-jemput misalnya. bila aku masak pula, aku akan paksa semua orang puji masakan aku dulu. baru mulut aku senyap. haha. keji!

Buka gelanggang gusti
walaupun adik beradik aku, 2 gegirl. dan 2 boboy. tapi masih mampu bertarung. hee :) adik nina yang selalunya akan nanges dulu. lepas semua dah kene marah, baru nak senyap.. 
kesayangan aku...

Vacation
Aku yakin dan percaya. semua orang mesti melakukan ini.. secara randomnya, family aku akan sekurang-kurangnya ronda-ronda kota melaka untuk memuaskan hati.. kali ni kitorang pergi langkawi ngan cameron. tapi aku tak sempat nak cerita lagi ~
Langkawi yang syiok!

Online macam esok nak kiamat
Cuti kali ini sangatla heaven. internet berwayar dah ditukar kepada Wi-Fi. maka berebut adalah tak perlu.. jom main pet society! (kanak-kanak!)
Pet Society di FB..

Treasure hunt
Kenapa treasure hunt.? barang aku selalu je hilang. yang paling common tentunya telefon bimbit..!

Beradu
Bahasa tak nak kalah. ingat anak raja ke kau..?! siapa yang tidur paling lama, akan kena bebel paling lama. Haha ;)

Pssstt ! fenomena cuti korang sama tak dengan aku..?

Friday, December 3, 2010

Oh.. Bijaknya dia ..!



..Assalamualaikum..

hari ni, aku nak share satu notes from FB yang buat aku tersenyum dan gelak guling-guling tiap kali aku baca.. hee :) jom chekidout !



Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :

"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?

Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?

Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?

Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?

Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak. 

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?

Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?

Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.

Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?

Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?

Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah"



korang pikir macam pengetua ke or macam cikgu murni..?!  *_^


bai ! tanks ea :)


Saturday, November 27, 2010

tudung awning jadi tudung syiria.



..Assalamualaikum..

HohO.. lepas 1 minggu aku berusaha dan berhempas pulas mencuri masa, aku berjaya membuat invention kecil.. picisan sahaja T___T

meh story sikit :

actually, aku merupakan pemakai tudung instant tegar. lagi-lagi kalau aku bangun tido lambat, tak ada tudung nak pakai, bad mood dan pelbagai lagi. tapi, aku jugak perosak tudung instant yang tegar.. lepas 1 semester je.. mesti tudung tu akan rosak. *sigh* tapi mak aku tak marah.. teehee. namun, sebagai anak yang baik dan taat, aku rasa aku harus buat sesuatu. so, aku tansformkan tudung awning aku tuh, jadi tudung syiria. ^_^ 

step 1  
mesti ada 1 tudung awning yang disayang namun awningnye cedera parah ..  

step 2
tetas awning tudung tu.. macam dalam gambar..
(kesabaran anda adalah amat dihargai)

step 3
dekat bahagian kepala/awning yang korang dah tanggalkan tu, jahit untuk kemaskan. kiranya macam gambar kat atas ni la. 

step 4
ini pulak bahagian dalam selepas di kelim/dijahit untuk kekemasan.

step 5
bahagian muka akan jadi sangat besar. so, sebab tuh jahit macam ni untuk kecilkan bahagian muka tuh.

Tadaa!
dah siap untuk dipakai .. senang kan.? 

actually.. step 2 paling susah + bosan. sabar sikit ye.. then yang lain tuh kejap je. cuma. yang kurang expert macam aku akan ambil masa yang agak lama.. =.= jahitan aku pun tak kemas langsung. tapi okla kan? first try.

anyway .. korang cuba la. aku tak tau la kalau ada orang yang dah penah ajar. aku x google pon. aku try semuanya sendiri.. kalau berjaya.. kongsila dengan aku.. heee :)

nak tengok tb .. bai. tanks ea ~

Friday, November 26, 2010

Rumahku syurgaku. hOhO


..Assalamualaikum..


hari ni aku nak cerita pasal journey to the south balik rumah. actually cerita nih dah basi pon. sebab dah 3 hari aku terperap kat rumah. tapi... nak citer jugak!


exam aku habis 19.11 tapi aku gatal isi nama untuk joint join tugas awam penang bridge marathon, aku terpaksa balik 22.11.. terseksa tau.? semua orang dah balik tinggalkan aku sorang. T____T  


mula-mula aku rasa bas gerak macam kura-kura. aku dah tidur.. bangun.. tidur.. bangun.. dekat 10 kali. tapi bila aku celik mata untuk kali yang ke-11 aku tengok dah masuk tol seremban. disebabkan aku sampai lebih awal daripada yang dijangkakan, terpakse la bersidai jap kat terminal 2 itu. *sigh*


HOHO. lepas je blah dari terminal 2, rutin yang boleh diibaratkan sebagai kebiasaan pon bejalan. jom chekidout!


POPULAR jom! 
best tuh. aku mintak bende alah ni untuk next birthday. sekali.. time tuh gak dapat terus. rezeki! rezeki! (tapi tak start bace ag. tidur lagi masyuk! teehee..)



dah alang-alang kan.. shopping sikit. tapi dah bosan. photo shoot pulak. tapi.. apehal orang pandang aku semacam. argh! hilang mood. 
gambar kecik je sebab buruk. wakaka!
   
masa nak balik tuh.. singgah 1 lagi tempat kegemaran. perut lapar.. dalam bas tak makan sebab tidur tak bangun-bangun...
big apple donut. tapi yang nh donushi.. saje nak rase yang nh pulak. selalunya kitorang 4 orang kongsi duit. awal-awal cuti ni, poket kembung lagi. *_^
pssst.. abang tuh kasik free 2. pastuh, deep coklat pon dye tambahkan sampai penuh 1 bekas. aku tak kenyit mate pon ok! hee~

lepas maghrib. perjalanan mesti diteruskan. perut mintak isi.. pizza hut pilihan hati.. actually, tiap kali aku balik je.. mesti makan pizza. yelah. kitorang bukanla kaya sangat. jadi parents aku decide, bila semua orang ada rumah.. baru boleh makan. nah! inilah masa yang sesuai.


sponsor kami malam itu :) tanks mummy & daddy...

kami pemangsa mereka mangsa..!

pemangsa yang kekenyangan~

si hidung kembang.. keh3.


dan. ia tamat disini. balik tuh.. semua tidur kekenyangan~ hilang rindu aku untuk 1 semester. hidup mesti diteruskan.. *tetibe*  okla.. aku nak kemas umah. bapak aku dah sound. HAHA. jumpa kamu dalam entry lain. tanks ea. daa~ 

Sunday, November 7, 2010

tambah speed sikit. tolong .?


.. Assalamualaikum ..

gambar di atas menunjukkan slip exam saya :)

makanya.. nak dijadikan cerita, hari ini dah hari selasa. dah 2 hari study week berlalu dengan sia-sia. i dahla tengah tak sihat.. hujan pula mencurah-curah di ladang gandum. maka, ambil comforter dan bergulung di atas katil. ah. tak. itu tipu.! ambil buku dan belek-belek. harap ada input yang masuk.


masalahnya, ram otak aku berada pada paras 0 ke nh.? susah betul nak buat revision. otak, gerak cepat-cepat sikit ok.. masa itukan emas. aisy! tapi INI mungkin membantu aku dan juga korang-korang~ haa. kongsi TIPs jom ;)

korang nampak tak bulat merah tuh.? tengokla. tengok sungguh-sungguh.. dia tulis ape.? 19/11/2010, kan? maksudnye..? takde maksud.~ SALAH. teettt! kosong markah.







takpelah. i bagi uols berfikir secara kritis dan kreatif. nape i bulatkan tarikh tuh okey :) kalau ada jawapan comment kat bawah. nanti kita dating.! hehe~


p/s : rasenye ape jawapan sesuai untuk soalan aku tuh.?
wish me luck guy! doa kamu emas buat saye ;)