Followers

Monday, August 23, 2010

Sanggul arab itu cerita lama ke .?



salam semua :)


dah dekat 2 minggu dah erk kite fasting. aha! bahasa rojak. (jangan tiru mcm cikgu ye murid-murid) korang dah shopping raye ke .? kalau aku, tak payah kot. biar umi je yg shoppingkan. lagipun, raye ke, tak raye ke, same je kan. aku shopping hari-hari gak. ekeke ~


disebabkan lagu raye dah berkumandang & korang-koran semua mesti dah dapat feel nak raye. let me share something. khas ntuk wanita yang rajin melaram di hari raya. aku tak! heee *_^


cuba tengok gambar nie
*credit pic to bharian/hajaba*

benda nh cerita lama. tapi saja je nak cerita gak. 

bagi aku, benda nh memang tak payah pakai la. sebab, tak rasa ke yang bende tu sama tarafnya dengan rambut palsu? kan..? ke aku salah. rambut palsu plak hukumnya HARAM dipakai oleh setiap wanita Islam. huhu. sebab nak cantik dah dapat 1 dosa free.

tadi. masa menyelak-nyelak dara.com edisi ogos kan, aku terbaca pasal benda nh.

sebenarnya, Rasulullah dah pun meramalkan perkara nh masa 1400 tahun yang lepas. baginda sifatkan benda menonjol nh macam bonggol unta. (aku rase mcm alien pon iye gak) beza sanggul nh dengan bonggol unta sanggul arab menonjol ke atas tapi condong ke belakang. bonggol unta tuh, tegak je ke atas.

Rasulullah pernah berkata " Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dengan rambut lain dan wanita yang meminta rambutnya disambungkan " [sahih al-Bukhari no: 5943] jadi jelaskan. hukumnya H.A.R.A.M.  sambung rambut = pakai rambut palsu. tapi jangan salah faham. semua kaum hawa yang ada rambut panjang mengurai macam dalam iklan shampoo tuh, dibolehkan bersanggul. tak salah pun. TAPI, haruslah diikat condong ke bawah. (supaya tak obvious la kot. kan)

Baginda juga turut menambah bahawa, golongan ini (yang bersanggul tiruan) akan dimasukkan ke neraka dan dijauhkan daripadanya pintu syurga. (huhu. minta jauh) 

pengajaran daripada cerita ini (dengan nada budak masok pertandingan bercerita), 
1. bukan semua benda yang kita tengok boleh kita tiru.
2. berfikir sebelum melakukan sesuatu.

korang renung-renungkan ea. Selamat beramal .!~

p/s : kalau aku tersilap. aku mintak maaf. aku insan biase mcm korang gak. rujukan aku unuk artikel ni : Dara.com Ogos 2010

Saturday, August 14, 2010

bila chef fatin masuk dapur *_^


salam semua :)


alhamdulillah. dah 4 hari pun kita puasa. maksudnya lagi 26 hari la nak raya. ish! perangai budak-budak. hehe. sekali sekala. ok la kan~


hari nh disebabkan akuh frust menonggeng, umi tak bagi balik rumah, akuh pun tulis entry yang agak menyentuh sensitivity semua nh. lagi-lagi bulan puasa nh kan.? diingatkan ok! entry nh aku tulis sebab rindu homemade dish BUKAN sebab nak belagak kat korang. 


cakap banyak pun tak guna. picture time.! *_^


air tangan 1
ayam masak paprik 
resepi yang saya google 5 minit sebelum masak.

air tangan 2
cendawan goreng. yummy!
goreng dengan tepung beras+kunyit+garam+cili mesin+lada sulah

air tangan 3
terung goreng kicap
ayah's favourite dish.

air tangan 4
masak lemak cendawan.
first time punya try. fuh! menjadi.

air tangan 5
tempe goreng
wah! yang ini paling aku suka. hidangan wajib ade :)

air tangan 6
sambal goreng telur
lauk orang pemalas mcm nh la. haha!~

air tangan 7
sambal telur
eh. telur lagi.? lauk yang 1st umi complaint. huhu. 

air tangan 8
masak tumis pelbagai
heee :) blur nak bagi nama apa. macam2 ada dalam 1 dish.

haa! mesti terliur nh. jangan! waktu berbuka lambat ag. makruh tuh. tapi seriusly rindu nak masak. nak makan dish yang umi masak. macam mana saya boleh tercampak jauh sampai penang nh saya pun konfius. huu :) cepatla cuti. nak puasa kat rumah.

p/s : selamat berpuasa semua. 

Sunday, August 8, 2010

saya ada hypotension ke.?



assalamualaikum :)

mula-mula sekali, happy Konvo abang+kakak senior. 
belagak ea korang.? takpe2. aku lagi 2 taun je. tak lame dah tue. heee :)

back to d topic!~
kat tapak konvo tuh ade health analysis organized by pharmacy student. so, setakat singgit je bayar, okla kan. tapi if nak check kolestrol, bayar rm10. yang tuh sidang depan la. aha. kedekut!

jom tengok result.. T_____T
-result health analysis budak tak sehat-

weight+height. ok. cme BMI sedikit underweight *_^

BFM aka lemak 22.6 = normal. (bagi aku tinggi nh)

nisbah waist & hip < 1. so, normal.

blood pressure 87/52. sangat rendah!

haha! tak normal rupenye akuh! alah. maybe machine tuh salah kot. sbb setau ak electronic machine selalu buat hal. (aku selalu main machine nh mase st john)

jenab a.ka membe pharmacy aku kate, ade 2 kemungkinan jadi camnh.
1) mase kecik dulu aktif sgt. da besar, pemalas! (bole jadi jugak)
2) sebab kurus sgt. erk! (no komen. hehe)

salah 1 cara nak atasi masalah nh. makan pisang. comel-comel :)

Monday, August 2, 2010

.mimpi.maksud.ape.

salam semua:)

kalau sebot pasal mimpi kan, benda 1st skali yang datang dalam benak aku. kalau anak dara mimpi ular kepala dua masuk rumah. ade orang bekenan nak pinang. wah! (dalam mata dah bayang rupe aku jadi pengantin) haha! gatal! 
tapi kan. kali nih bukan nak cerita pasal ular kepala dua. yang tuh rahsia la kan. haha. tapi akhir-akhir nh asek mimpi my umi. ayah. n kadang-kadang adik-adik. huhu. (agaknye rindu sangat kot) 


dah dekat sebulan kat cni. tp susah betol nak ilangkan rase rindu tuh. apehal tah. argh! 


p/s : boleh tak kalau mintak ayah buat 1 universiti khas tok aku kat belakang umah.?