Followers

Saturday, April 30, 2011

kau nak pukau. tapi aku tak terpukau pun !


..Assalamualaikum..

adoi. langgar pantang untuk kesekian kalinya. memang lah tak makan saman sungguh ! orang dah janji nak bagi tiket universal studio singapore pon malas lagi. pelempang satu ! 

OK. straight to the point. dari study week & sekarang dah 2 minggu ke-2 exam, cerita pasal kejadian curi mencuri + pukau tak surut-surut lagi. scary seyh ! dah la aku jenis yang suka study waktu semua orang tengah tidur. wuu :( yang ini lagi scary dari cerita hantu karipap. sebab manusia ada nafsu. hantu tak ade. kan? haish. yang peliknya, nape mesti waktu exam....

cuba korang baca notes nh :
kosmo !
sang pencuri durjana akan MENGETUK pintu bilik anda dengan sangat terpaling kuat sampai nak pecah dan roboh pintu tersebut TANPA memberi SALAM... JANGAN BUKA, malah PULAS kunci pintu tersebut, bukan pulas TOMBOL! sambung ulangkaji/ tengok movie seperti sedia kala, seperti tiada apa2 yg berlaku.. JANGAN sahut seruan mereka, kalaw dah TER tentang mata, ALIHKAN pandangan anda dgn kadar segera, kira2 tak sampai halflife sebelum anda DIPUKAU..
notes nh disebarkan dengan meluas kat usm ekoran daripada masalah pukau nh.

masa aku sekolah dulu, kawan aku sarankan kitorang pakai baju terbalik. tapi tuh sebab orang minyak. kalau pukau pun boleh ea? ada jugak yang kata bela ikan puyu. macam-macam. kalau aku, tahla. tidur mati. T__T taklah. aku baca ayat kursi banyak-banyak je.


cuba korang kongsi ngan aku something :)



Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !




Untuk pre-order tshirt muslimah zariya yang up to date lagi comel, korang boleh view katalog kat SINI. ada banyak design baru update :) Berbaloi! ada beberapa helai baju aku nak let go. korang boleh pergi BLOGSHOP aku untuk cuci mata. TQ

Wednesday, April 27, 2011

Pernah kena timbil tak?

..Assalamualaikum..

hai semua :) waa.. dah melanggar pantang. patutnye tak boleh post entry sekarang. kan tgh exam week. tapi, betapa aku nak berkongsi rasa gundah gulana dalam hati, aku langgar jugak pantang itu. OH. aku baru habes satu paper. 3 more paper to go. chaiyok untuk diri sendiri !!

korang pernah kena timbil tak? aku xtau la korang panggil apa. tapi rupa dye mcm nh la.



boleh kata tiap kali exam mesti akan jadi benda nh. pernah dulu masa kat matrik, benda tumbuh sambil take turn. kalau mata kanan kena, mata kiri baik. then, mata kiri baik, mata kanan kena balik. sadis kan. doktor kata benda nh jadi sebab bakteria. huh. tak tau la. EH ! aku tak skodeng orang tau. musim exam aku skodeng buku je. teehee :) dan sekarang kena lagi.. nak turun kafe pun aku malu. damn !! 

kalau korang baca apa yang cik adah tulis dalam entry timbil beliau, korang akan faham apa sebab kena timbil and apa petua yang korang jugak boleh give a try. TQ cik adah :) 

ok. jom sambung study balik. minta semua doakan yang terbaik untuk aku. juga, baiklah cepat timbil aku nh. sakit. gatal. malu. semua ada. tapi dugaan Allah mesti ada hikmah kan? kita kena terima dengan hati terbuka. haa... baca entri cawan dan tasik nh. best.


korang ada info lain tak pasal timbil?




Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !



Untuk pre-order tshirt muslimah zariya yang up to date lagi comel, korang boleh view katalog kat SINI. ada banyak design baru update :) Berbaloi! ada beberapa helai baju aku nak let go. korang boleh pergi BLOGSHOP aku untuk cuci mata. TQ

Monday, April 18, 2011

wah ! asyraf muslim nak bertunang ?

..Assalamualaikum..


This MP3 was found at Dilandau MP3

hai semua. sila marah saya sebab masih hupdate belog walaupun telur telah berada di hujung tanduk. heeee :) *nak exam dah* oh. lagu kat atas tuh adalah lagu tema. HAHA



ok. anda boleh baca dari OH BULAN! untuk cerita pasal asyraf muslim. wah. kesianlah sape yang meroyan tuh. kalau malas baca oh bulan, aku quote sikit ape yang dye kate ok :)
Pelakon hensem Ashraf Muslim yang kini sibuk dengan aktiviti perubatan Islam telah memaklumkan kepada pihak media bahawa dia akan bertunang dengan seorang gadis berumur 24 tahun pada 23 April ini, di Gombak. Menurut Ashraf lagi, bakal tunangnya merupakan seorang doktor perubatan yang sedang menjalani praktikal di sebuah hospital di Melaka. Dia sudah mengenali gadis tersebut sejak setahun yang lepas dan ciri-ciri gadis tersebut yang merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang telah merebut hatinya.

aku tau berita nh, seminggu lagi awal dari OH BULAN. heee :) tapi since kawan aku kate belum ade tersebar, aku takut la kan nak tulis. sat gi kene saman. naya kaw !

aku baru berangan nak jatuh cinta kat asyraf muslim lepas aku tau Sein Adamaya tuh dah rujuk balik ngan bini dia. huuu :(  tapi, double kecewa lah aku bila dapat tahu pasal nh. maka, sila lah setia dengan fahrin ahmad :) HAHA *gelak gatal* tak pun nabil raja lawak pon okeh. alah! tapi reputasi buruk. uhuk. uhuk.


sangat suka dengan persembahan nabil dari minggu satu sampailah sekarang. huhu. tapi, spoil la sebab die buat hal. konfem2 peluang nak menang tu tipis. kan? bak kate abang ben, die kreatif. cuma sebab populariti artis Malaysia bergantung pada reputasi, maka..... (sambung seniri) tapi takpe, aku sokong kau nabil ! hidop negeri sembilan ! *tetibe*

oh. oklah. aku nak study. haaa.. cube tgk nh. aku dapat motivasi extrinsic. wahaha. maka, aku janji. ini post terakhir aku :) sampailah exam abes.

*sila tekan bagi besar*

ape pendapat korang? ada berani?



Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !



Untuk pre-order tshirt muslimah zariya yang up to date lagi comel, korang boleh view katalog kat SINI. ada banyak design baru update :) Berbaloi! ada beberapa helai baju aku nak let go. korang boleh pergi BLOGSHOP aku untuk cuci mata. TQ



Sunday, April 17, 2011

Kita berada dalam golongan yang mana dalam bab solat?


..Assalamualaikum..

hai semua. semoga hari nh lagi baik dari semalam :) *cewah*

dalam entri yang lepas, aku tulis pasal melambatkan solat kan? kali nh, aku nak bawa pula kita semua untuk nilai diri sendiri. kat mana solat kita. mampu tak kita untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan hamba-hamba Allah yang lain. *macam ustazah la pulak* secara randomnya ada, 9 golongan yang disenaraikan kat sini.

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

 google image 

Golongan Pertama
Menurut Imam Malik, orang yang langsung tidak bersolat; mereka telah jatuh kafir. lebih-lebih lagi jika meninggalkannya tanpa sebab. Imam Syafie berkata, jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan Kedua
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Ilmu tentang sembahyang tiada. mungkin tidak pernah mempelajarinya. 

Golongan Ketiga
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. 

Golongan Keempat
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham. Cuma main hafal saja. oleh itu, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.

Golongan Kelima
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan Keenam
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini. Umumnya, solatnya itu, tidak membawa erti apa-apa.

Golongan Ketujuh
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.

Golongan Kelapan
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).

Golongan Kesembilan
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyang ialah cara ia untuk lepaskan kerinduan dan juga mengadu-ngadu pada Penciptanya. Alam sekelilingnya langsung tidak hiraukan dan diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

*disclaimer
ini cuma entry copy paste bertujuan untuk perkongsian. namun, ada beberapa ayat yang saya ubah. boleh rujuk notes sebenar untuk pembacaan penuh. terima kasih kepada penulis atas perkongsian berguna ini :) oH. korang boleh rujuk note Wardina untuk makna bacaan dalam solat. harap-harap lepas nh, aku dengan korang akan terus baiki solat supaya kita akan berada dalam golongan nombor 9 tuh kan? amiiin.



Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !




Untuk pre-order tshirt muslimah zariya yang up to date lagi comel, korang boleh view katalog kat SINI. ada banyak design baru update :) Berbaloi! ada beberapa helai baju aku nak let go. korang boleh pergi BLOGSHOP aku untuk cuci mata. TQ



Friday, April 15, 2011

Balik rumah & Family Gathering :)


.Assalamualaikum.

hai semua :) kejap je masa berlalu kan? aku rasa macam baru je celebrate new year. budak-budak kecik pon, baru je start sekolah, alih-alih, aku dah nak duduk final exam. haish. tapi aku, hari-hari kata risau nak exam, belajar tak jugak. *ketuk kepala*

since kelas dah habes and study week dah start, aku pun balik kampung :) dah bagi tahu kan dalam entri ini. aku tak rasa menyesal langsung balik. walaupun xstudy hape pun. *mcm la skrg nh aku stdy* instead of rehat-rehat kat rumah, aku buat pertama kalinya dapat join family gathering. huhu. (untuk family gathering sebelum2 nh, selalu je tak dapat balik) excited sangat tau ! haruslah aku makan, langsung tak ikut sunnah nabi. T____T kenyang sungguh. 

peringatan : sila bersedia untuk scroll down tak henti2. heee..

menu : nasi arab, sambal daun kayu, rendang uwan, lemang
punyalah banyak makanan. memang lepas gian kaw!

muka terperanjat orang nak snap gambar :)

esok : makan kenduri. pon sodap. ade tapai. makan lagi !
 
my relatives from Singapore :) 

again. my relatives from singapore & also us from N9. :)

main purpose family gathering nh, just about to celebrate my relatives je pon. they came all the way from singapore untuk pergi kenduri yang esoknye tuh. but then, my aunt decided to have a small family gathering for us too. so, enjoy jelah kan. hehe. makan free, jumpa relatives, kacau budak2 kecik. exciting kan? will remember this moment. ALWAYS.. eh jap, TQ untuk acik aishah utk makanan & gambar2 nh jugak. (lupa nak transfer gambar yg kat dalam kamera sendiri)

ok. tamat! nanti aku nak cerita ape yang jadik mase nak OTW nak balik USM plak. tunggu ok. tapi maapla. cerita dah basi. heeee lagik sekali :)




Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !




Untuk pre-order tshirt muslimah zariya korang boleh view katalog kat SINI. ada banyak design baru update :) Berbaloi! 


Friday, April 8, 2011

Tamat sudah semester ini !



..Assalamualaikum..

hello belog. hello readers. hello dunia. hihi. mukaddimah gedik...!

ahh, rase relief sangat. semua dah abes, test, esaimen, kelas, tutorial. TAPI (haruslah caps lock) SELAMAT DATANG EXAM WEEK ! *pengsan* tapi.. (tapi lagi) exam slip tak leh print. (padan muka kau! tangguh lagi) tetibe page unavailable. huhu. takot weyh. cane nak duduk exam nh? huhu

semalam, anep tegur aku kat chat FB. dye kate aku jarang update belog. jangankan update belog, jumpa MR. F pon tak miggu nh. erkk.. HAHA. maka, tuh yang aku update hari nh :)

oh. aku dah tukar template baru. tapi, macam lambat la dye ak loading. ape pendapat korang?

bye-bye template lame !

oh. tuh jela aku nak cerita. nak kemas2 la. kalau jadi malam nh nak pulang berhari raye. maap zahir batin semua. hihi. eh. sebelum tuh, aku saje nak kasik tengok laoshi mandarin kitorang + chopstick kenangan yang beliau kasik sorang satu :)

 seperti belon yang mengembang !

tadaa ! haha. xd motip !




Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !

Untuk pre-order tshirt muslimah zariya korang boleh view katalog kat SINI. Harga adalah RM2 lebih murah. ada banyak design baru :) Berbaloi ! 


Tuesday, April 5, 2011

Kalau mati tanpa solat.........


..Assalamualaikum..

aku masa aku update belog langsung tak konsisten. kalau rajen at least seminggu sekali. kalau malas, tak update lah belog nh sampai berminggu-minggu. HAHA. sila maapkan aku :) entri hari nh pun pendek je, sebab aku ade asaimen BI ag tak siap & nak kene anta esok. sangat sadis ok.! mukaddimah je panjang dah. dasar suka cakap banyak sungguh ! 

semalam, aku YM dengan someone. then, tengah syok YM aku tinggalkan kejap pg solat. 
Dia : Buzz ! Buzz ! Buzz ! hilang dah?
Aku : sabar la. tengah solat jap la td.
Dia : solat lambat2. kalau mati td, tak sempat solat.
aku dah bold, underline, benda yang aku nak cakap. sedar tak, kita langsung tak pernah fikir pasal nh kan? aku pun. kadang-kadang, kalau masa malas, kita akan terus fikir, tak kisah la lambat pun, janji solat. kan? kan? ha... senyum ! lepas aku baca apa yang dia cakap, aku teringat plak apa ayah aku cakap, solat yang tak diterima Allah baunya lebih busuk daripada bangkai manusia. masyaAllah. aku pun, tak reti nak kata apa, sebab ilmu aku pun ciput je lagi. cuma aku harapkan perkongsian aku kali nh akan bagi something kat korang :) kat diri aku gak.

*solat tiang agama*

kat sini aku sertakan sikit pasal RAHSIA SOLAT.

Subuh : wajah yang cantik.
Zuhur : duit yang banyak (rezeki)
Asar : badan yang sihat
Maghrib : Anak yang cerdik & berjaya
Isyak : tidur yang nyenyak

Senang je kan, solat 5 waktu yang cuma 6-7 minit tuh, boleh bagi full package. maka, jom solat kawan-kawan :) tapi betulkan niat. ikhlas kerana Allah. bukan sebab nak dapatkan kelebihan yang disenaraikan kat atas tuh je. ataupun sebab pakwe/mak/nenek/ustaz suruh. 

 Selamat beramal !




Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !

Untuk pre-order tshirt muslimah zariya korang boleh view katalog kat SINI. Harga adalah RM2 lebih murah. ada banyak design baru :) Berbaloi !