Followers

Thursday, November 17, 2011

Cinta sejati bawa ke mati...

..Assalamualaikum..

a very sweet yet true story :) enjoys.

source : here 


Love story ni jadi kat China yang mana seorang lelaki muda mencintai seorang wanita yang lebih tua daripadanya. Liu Guojiang, yang ketika itu berusia 19 tahun, jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin. 

Ala-ala cerita Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, kawan & kerabat mencela hubungan mereka sebab perbezaan usia di antara mereka. tambahan pula, Xu juga sudah mempunyai beberapa orang anak. Pada ketika itu keadaan ini tidak boleh diterima dan dianggap tidak bermoral bila seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua.

sebab tak tahan dengan cacian semua tuh, mereka kemudian melarikan diri untuk hidup bersama dalam keadaan love each other dengan penuh harmoni selama setengah abad. *lama weyh. kau boleh?* gua tersebut terletak kat Desa Jiang Jan, di selatan Chong Qing. mula-mula tuh kehidupan mereka sangat menyedihkan kerana tidak mempunyai apa-apa. tidak ada bekalan elektrik atau pun makanan. makan rumput dan akar-akar yang ada atas gunung itu. untuk elakkan kegelapan, Liu membuat sebuah lampu minyak tanah untuk menerangi hidup mereka. Atas dasar cinta & nak mudahkan isterinya turun dari gunung tersebut, Liu juga telah memahat 6000 anak tangga dengan tangannya (hand carved). *nak jugak. ade yang nak buat aku tak? :P*


Xu selalu rasa yang Liu kena hidup dalam nasib yang malang sebab berkahwin dengan dia. jadi dia selalulah tanye, "menyesal tak?". Tapi Liu yang sangat gentleman tuh just cakap, “Selama kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik”. Setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mulai memahat anak-anak tangga agar isterinya dapat turun gunung dengan mudah. Dan ini berlangsung terus selama 50 tahun. 

Setengah abad lepas tuh (2001), 1 group pengembara melakukan explorasi ke hutan itu. Mereka merasa hairan menemukan pasangan lanjut usia itu dan juga 6000 anak tangga yang telah dibuat Liu.


satu hari, masa usia Liu 72 tahun, dia pengsan ketika pulang dari ladangnya. Xu duduk dan berdoa bersama suaminya sampai Liu akhirnya meninggal dalam pelukannya. Kerana sangat mencintai isterinya, genggaman Liu sangat sukar dilepaskan dari tangan Xu, isterinya. Liu Ming Sheng, satu dari 7 orang anak mereka mengatakan, “Orang tuaku sangat saling mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun dan tak pernah berpisah sehari pun. Selama itu ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menggembirakan hati ibuku, walaupun ibunya jarang turun daripada gunung itu.


“Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sampai ke akhir hayat, sekarang kau telah mendahuluiku, bagaimana aku dapat hidup tanpamu?” Selama beberapa hari Xu terus-menerus mengulangi kalimat ini sambil meraba-raba keranda suaminya dan dengan air mata yang membasahi pipinya.


sweet kan? abang fahrin, boleh buat macam nh untuk saya tak? :)
apa komen korang semua?




sila ke BLOGSHOP aku untuk memuaskan nafsu anda !



Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !


Monday, October 31, 2011

Aku zaman dulu dan Kau zaman sekarang | contest blog terbaeekk punya !


..Assalamualaikum..

Hai 227 yang menceriakan tengah malam aku. :)

mase aku kecik-kecik dulu, rumah aku ada komputer. tapi takde internet. cuma ade game tetris je. tapi seingat aku, pada zaman dahulu kala, barang siapa yang pandai guna Microsoft Power Point pun dah boleh angkat hidung tinggi-tinggi. pastuh korek dalam-dalam bila petang-petang plak, aku tolong mak aku sapu daun bawah pokok rambutan.*rajin kan aku? okbai* lepas tuh, baru gi main. main kawen-kawen. lepas dah kawen haruslah masak-masak. penat main outdoor, sambung indoor plak. main anak patung kertas yang salin-salinkan baju tu. kan? 

zaman sekarang kalau kau setakat tau guna microsoft power point je, babai la. orang guna flash. kalau kau setakat sapu daun kering bawah pokok rambutan je petang-petang, dengan serta merta kau dicop nerd. kan?

pakwe aku zaman dulu. dulu ok !

ah ! mesti kau cakap aku kuat membebel tak tentu hala kan? eleh ! tau dah. tau dah. tak payahla nak berdolak dalih. fine ! ko pergi belog dida ngan aina sekarang! pergila. baca description pasal details diri diorang skali. 

dan... masa untuk tekap mulut dengan tangan sambil mata bukak besar-besar & terus kata OMG !  


jadi. tujuan aku duk tekan backspace banyak kali sejak dari sejam tadi, sebab nak bagi tau yang aku tengah join contest yang dida & aina buat nh. aku sengaja dok ajak korang kenang masa lalu dulu then baru aku cerita perkara sebenar. tapi, bebelan aku maseh ade motif ok. bak kate pepatah siber, ade hyperlink disitu. tetibe#

kepada cik ezzat ngan cik nisya.. readers yang lain pun. joinla.
kami tag ampa la na. *kami ngantuk dah.takleh pikir apa da*


sila ke BLOGSHOP kami untuk memuaskan nafsu anda !




Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !


Tuesday, October 25, 2011

Jatuh cinta? oohh... W508 !


..Assalamualaikum..

Bila aku baca tajuk entri sendiri, aku pun terasa outdated. muahaha ! tapi aku pedulik ape. seriously, aku memang adore sangat dengan phone nh. design dye buat aku terasa comel dan girlish gitu! *haruslah* tambah comel kalau digabungkan dengan handmade hp strap. T___T 

W508 walkman

see.. adorable kan? oh! jatuh cinta !

namun sebenarnye, aku bukanla nak tukar phone sekarang jadi w508 sebab aku sayang kot Nokia 5530 xpress music aku tuh. first time dapat phone baru dari parents aku. cuma aku gatal-gatal nak tambah 1 phone lagi untuk memuaskan nafsu aku yang membuak-buak nak pegang dan pakai w508 nh. HAHA. 

tapi sekarang, phone nh memang takde yang baru. tinggal yang secondhand je. itu pun payah yang amat untuk didapati. huahuahua. eh, korang pakai phone nh gak ke? kongsila :)

asal senyum? kena kat diri sendiri lettewww! haha :)



Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !


Thursday, October 20, 2011

Sikat rambut dan sakit jantung.


..Assalamualaikum..

korang biasa tak, kalau gather ramai-ramai, ada kawan yang dengan senang hatinya belai-belai & sikat-sikatkan rambut korang? mase tuh, korang dengan tanpa sedarnye akan rasa mcm..mcm.. princess *muntah.okbai* tp aku bukan la nak cerita benda tu. tapi benda nh.

Adab menyikat rambut:

Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan umbi rambut. Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang.

Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.

hah ! so, sila la praktikkan. malam nh lepas mandi, terus je aku sikat rambut duduk. selain ikut sunnah *ustazahlapulek* aku takut woo. karang dah lemah jantung, mane nak kawen ngan fahrin kan? HAHA.

sekian sahaja pesanan penaja !

gambar ni takde kene mengena pun. saje je gatal letak :) menurut tukang upload, kalau bola tuh gerak-gerak, korang tengah stress so, bawak-bawakla rehat. T___T

baeklah. panjang suda entry ini ! sebelum meneruskan perjalanan, mehla order hp strap/keychain handmade aku. contoh ade kat SITU dan SINI.



Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !


Friday, October 7, 2011

kau suka yang comel-comel. OH ! itu OHsem :)


Assalamualaikum

very the terkejut aku tau bila tiba-tiba tengok follower bertambah. bila kaji dan terus mengkaji, rupanya belog aku jadi belog pilihan mak dara :) thanks mak dara !

Semester nh aku cuma ada 1 kelas je dalam sehari. hari jumaat pulak takde kelas langsung. *balikkgawalyeay!* maka, aku decide nak buat bisnes bagi mengisi masa lapang. T___T


keychain/hp strap daripada felt. klik image untuk jadi besar gedabak !

handmade yang penuh kasih sayang.ececeh. haruslah~ tapi design takla terhad macam yang aku tunjuk kat atas nh je. boleh request jugak design lain. kalau nak yang ready stok punya pun ade. atau mungkin korang nak selain dari hp strap or keychain pun boleh. insyaAllah :) email je aku missnafa@gmail.com and aku akan jawab pertanyaan dan terima tempahan korang dengan hati terbuka. harga? lingkungan RM3-RM5 bergantung pada design. boleh deal punya !




Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !

Friday, September 30, 2011

nak hadiah, kak ? :)


..Assalamualaikum..

pin ! pin ! ampa semua mesti suka barang free kan? *senyum*

maka, haruslah korang join giveaway dari butterfly garden shop. taip selaju mungkin. sebab dateline semakin hampir. ade lebeh kurang 1 jam lebeh je sebelum dateline :)

mula-mula, mestilah kene wish HAPPY BIRTHDAY kat Cik Wani dulu. semoga panjang umur, murah rezeki dan diberkati :)

OH ! shawl dan tudung yang ade kat butterfly garden shop adelah sangat ohsem. semuanya cheq suka. korang kalau tengok pon, kompem suka ! *wink*




kan? cakaplah korang tengah kira duit dalam purse kan? sebab tergoda dengan semua collection kat butterfly garden shop. harga tak jadi masalah. sebab sangatlah reasonable. kan? (kan lagi) itu aku  baru tunjuk sikit kalau tunjuk semua, kompem berpinar mata. HAHA!

cepat ! cepat ! cepat ! heee :)

-TAMAT-


Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !


Sunday, September 25, 2011

Oh, mak mertua, sila pilih saya !


.. Assalamualaikum ..

Kalau sebelum nh live from home, hari nh, live from USM. tapi haruslah aku merungut, sebab dalam 2minggu aku kat sini, aku cuma ada 4 kelas. yang lain? batal ! yes. sangatlah membazir masa dan wang ringgit sebab aku sepatutnya boleh goyang-goyang kaki kat rumah dengan ohsemnye !

weekend lepas, aku pergi rumah kak aneem kat parit buntar bagi mengisi masa lapang. isi masa lapang ke tu? oh, sila jangan muntah tengok gamba yang banyak-banyak kat bawah ni.

main purpose : kenduri kawen akak kak atin
haruslah aku macam pengapit kan? ambik berkat :)

Taman Tasik Taiping. Begitu gigih kayuh perahu dengan baju kurung. 

geng perahu yang sesat. comel la korang !
pikah-ecah-dina-zera

geng swan boat ! yang tepi kanan sekali partner aku.
diya-atik-kak cah

abaikan muka eksited aku !

ni swan boat ye adik-adik. tapi boleh aku lupe nak ambik gamba sebelum naek. jadi aku jumpa gamba nh kat sini masa google search.

kenangan dengan mak mertua. eh, mak long yang buat bahulu sedap :) aku kalau dapat modal nanti nak buat bahulu gak la. hahaha

bye-bye parit buntar ! apesal muka aku merah sangat ea?

tapi minggu nh, aku dok kat bilik perabih duit kat pesta konvo. tak pun aku baring-baring atas katil sambil baca a place call here : cecelia ahern. bila bosan, haruslah aku dengan bangganya berangan naik audi dan terus tertidur. maka, terlipat-lipatlah novel kesayangan.

apesal aku rasa tajuk entri mcm tak kena je dengan entri. *garu kepala*

-TAMAT-


Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !



Korang yang ohsem ! silalah cuci mata tengok koleksi tshirt muslimah zariya. boleh pergi SINI untuk tengok semua koleksi yang up-to-date lagi comel. 

Monday, September 12, 2011

Lupakan...


..Assalamualaikum..

bila kita buat salah sikit,
mesti orang akan lupa kan kebaikan yang pernah kita buat.

bukan la nak suruh orang sanjung,
tapi sekurang-kurangnya,
rasional lah dalam membuat tindakan.

sekering-kering hati manusia tu,
dia tetap berperasaan jugak !

*betul-betul kecewa hari ini*


Friday, August 26, 2011

wedding waktu raya pun gempak !


. Assalamualaikum .

cak !
setelah sekian lama menyepi, kini aku kembali. *ayattakbolehblah*

a very simple and short entry for today :)

saya : umi, raya nh ada dua orang kawan kaklong nak kawen tau. sorang kat perak. sorang lagi kat kelantan.
emak : oh, iye? kawan sekolah ke kawan uni?
saya : uni la mi. budak kelas kaklong. kawan2 sekolah, belum ada yang sampai seru lagi.
emak : oh, kau nak kawen tak? kawen la sekali.
saya : *gulp* err.. ape nh mi? calon pun tak ada lagi.

 eh korang, agak-agak bila ea Abang Fahrin nak hantar rombongan meminang kat rumah aku ? T___T

apasal tah amek gambar nh ..


Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !




Untuk pre-order tshirt muslimah zariya yang up to date lagi comel, korang boleh view katalog kat SINI. ada banyak design baru update :) Berbaloi! sekarang, aku ada tambah koleksi tshirt muslimah untuk kanak-kanak. jom tengok SINI.

Wednesday, June 1, 2011

1st Luck Draw Giveaway KZNabihah Boutique

* entri melekat hingga 31 Mei. sila scroll bawah *

..Assalamualaikum..

hai semua :) Mari join contest lagi ! kali nh contest dari trendy shawl


pernah dengar / view tak blogshop ni? famous tau. item yang cik bihah jual semuanya menggoda jiwa tau. harga pulak memang berpatutan :) kalau ada membercard, lagi untung. 

apa yang best sangat kat trendy shawl ni?

suka sangat pada boyfreind shirt yang eksotik + jacket yang classic :)
[gambar : blog + fanpage trendy shawl]

disebabkan hadiah contest nh super duper lumayan, haruslah ajak kawan-kawan lain join :) meh-meh cik nisya, kaklong aisyah & semua readers lain. kasi meriah ini contest :) 

sekian, dan semoga bertuah 
oh, kalau nak join, boleh lihat entry ini...

Monday, May 30, 2011

Salma juara mentor 5 !

..Assalamualaikum..

Hai readers. korang ada tak merasakan bahawa mentor tu lagi best dari AF ? sila kata ada. heee :)

jadi, seperti yang aku jangkakan, mestilah Salma yang akan menang. dan akhirnya, memang Salma menang. hehe. tak sia-sia TV3 pertimbangkan cadangan untuk bawak salma sekali ke final. kan? kan? kepada peminat shiha ngan iqa, sila cuba lagi tahun depan. :)

tapi lagi suka baju salma yang warna biru tuh. tapi malas nak tunggu lama.



Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !

oh, kalau aku buat pre-order cardigan labuh ada yang nak tak?

Untuk pre-order tshirt muslimah zariya yang up to date lagi comel, korang boleh view katalog kat SINI. ada banyak design baru update :) Berbaloi! sekarang, aku ada tambah koleksi tshirt muslimah untuk kanak-kanak. jom tengok SINI.

Saturday, May 21, 2011

Rasa diri sendiri tak hebat ?

.. Assalamualaikum ..

hai semua. selamat datang ke belog biskut chipsmore. kejap ade, kejap takde. T__T (padahal tengah cuti semester) kene activate balik mood berbelog nh. *sigh*

ok. berbalik pada tajuk. 
kenapa aku tulis macam tuh? sebab memang tengah rasa macam tuh.
sepupu aku dapat tawaran further study kat australia.
maka, dengan automatiknya aku rasa macam loser !
because, aku cuma study dekat Malaysia tercinta.
padahal, target aku untuk study abroad jugak.
and 1 more things, australia is my dream country.
seriously, sangat kecewa. ! waaa.....


kalau nak ikutkan, memang kecewa yang ini, lebih teruk daripada kecewa bercinta. (seriously) tapi, kalau sedih-sedih pun tak akan ubah keadaan kan? takkan sepupu aku tuh nak tolak plak tawaran pergi australia sebab aku sedih sangat. itu tersangatlah tipu. maka, mari sama-sama kongsi tips macam mana nak rasa hebat.

1. tingkatkan rasa yakin diri. 
jujurnya, benda nh kejap ada kejap tak ada. itu lumrah. sebab setiap manusia dijadikan dengan kelebihan yang tersendiri. kan?
2. berfikiran positif.
contohnya aku. kalau aku duduk penang pun dah asyik rindu2 dengan family, macam mana kalau duduk australia? duduk malaysia bolehlah balik selalu. kalau duduk australia? haa...
3. percaya pada takdir Allah dan banyak berdoa.
bukan nak tunjuk alim okey ! tapi. ini hakikat. Allah lebih tahu untuk setiap apa yang telah Dia tentukan untuk setiap hambaNya. Mungkin ada yang lebih baik untuk kita.
4. berusaha lebih gigih.
dari kecil sampai besar, kita dipasakkan dengan pepatah, usaha tangga kejayaan. kejayaan kecil pun boleh bawa pada satu kejayaan yang besar. contohnya, hari nh kamu tau goreng ikan. esok-esok, masak sambal ikan. kan? HAHA. lari topik !
5. jujur pada diri sendiri.
kenapa kena jujur. sebab jujur memang penting. kalau jujur dengan orang dah penting, apatah lagi jujur pada orang lain. kan? contohnya, macam aku. aku sedih sebab sepupu aku dapat tawaran pergi australia tuh. tapi aku cuba untuk pendam. akhir sekali aku sendiri yang tertekan. at least, aku boleh nangis sorang-sorang dalam bilik ke, or maybe luahkan rasa tuh pada seseorang. lagi satu, jujur pada diri juga bawa maksud, kalau kita tau kita salah, kita kena terima. kena mengaku. jadi, dari situ, kita dapat nilai siapa diri kita yang sebenar. :) 

6. ok. korang pulak bagi aku sikit tips. semoga tips korang akan bantu aku.




Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !




Untuk pre-order tshirt muslimah zariya yang up to date lagi comel, korang boleh view katalog kat SINI. ada banyak design baru update :) Berbaloi! sekarang, aku ada tambah koleksi tshirt muslimah untuk kanak-kanak. jom tengok SINI.



Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Mem Besar :)


..Assalamualaikum..

arghhh ! terlambat tulis entry. orang lain dah taip entry lain, ak baru terhegeh2 nak karang entry untuk hari ibu. *pang sekali*

tak lama dulu, masa aku blogwalking aku ada bookmark satu entry dari sini. entry nh sangat kena dengan tema entry aku iaitu ucapan hari ibu :)

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… aku suka peluk..ibu


Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu


p/s : untuk entry penuh, sila ke SINI ..



Lebiu umi. lebiu until my last breath. 
mintak ampon dan maap untuk semua dosa kaklong.
moga umi panjang umur, murah rezeki dan terus diberkati :)

SELAMAT HARI IBU !




Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !

Wednesday, May 4, 2011

eyeARTyou 1st giveaway :)


..Hello..

a quick update. teheeee T____T 
in love with all of the GORGEOUS free stuff. the rules is so simple. 


Hoping that I am the lucky one :)

Saturday, April 30, 2011

kau nak pukau. tapi aku tak terpukau pun !


..Assalamualaikum..

adoi. langgar pantang untuk kesekian kalinya. memang lah tak makan saman sungguh ! orang dah janji nak bagi tiket universal studio singapore pon malas lagi. pelempang satu ! 

OK. straight to the point. dari study week & sekarang dah 2 minggu ke-2 exam, cerita pasal kejadian curi mencuri + pukau tak surut-surut lagi. scary seyh ! dah la aku jenis yang suka study waktu semua orang tengah tidur. wuu :( yang ini lagi scary dari cerita hantu karipap. sebab manusia ada nafsu. hantu tak ade. kan? haish. yang peliknya, nape mesti waktu exam....

cuba korang baca notes nh :
kosmo !
sang pencuri durjana akan MENGETUK pintu bilik anda dengan sangat terpaling kuat sampai nak pecah dan roboh pintu tersebut TANPA memberi SALAM... JANGAN BUKA, malah PULAS kunci pintu tersebut, bukan pulas TOMBOL! sambung ulangkaji/ tengok movie seperti sedia kala, seperti tiada apa2 yg berlaku.. JANGAN sahut seruan mereka, kalaw dah TER tentang mata, ALIHKAN pandangan anda dgn kadar segera, kira2 tak sampai halflife sebelum anda DIPUKAU..
notes nh disebarkan dengan meluas kat usm ekoran daripada masalah pukau nh.

masa aku sekolah dulu, kawan aku sarankan kitorang pakai baju terbalik. tapi tuh sebab orang minyak. kalau pukau pun boleh ea? ada jugak yang kata bela ikan puyu. macam-macam. kalau aku, tahla. tidur mati. T__T taklah. aku baca ayat kursi banyak-banyak je.


cuba korang kongsi ngan aku something :)



Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !




Untuk pre-order tshirt muslimah zariya yang up to date lagi comel, korang boleh view katalog kat SINI. ada banyak design baru update :) Berbaloi! ada beberapa helai baju aku nak let go. korang boleh pergi BLOGSHOP aku untuk cuci mata. TQ

Wednesday, April 27, 2011

Pernah kena timbil tak?

..Assalamualaikum..

hai semua :) waa.. dah melanggar pantang. patutnye tak boleh post entry sekarang. kan tgh exam week. tapi, betapa aku nak berkongsi rasa gundah gulana dalam hati, aku langgar jugak pantang itu. OH. aku baru habes satu paper. 3 more paper to go. chaiyok untuk diri sendiri !!

korang pernah kena timbil tak? aku xtau la korang panggil apa. tapi rupa dye mcm nh la.



boleh kata tiap kali exam mesti akan jadi benda nh. pernah dulu masa kat matrik, benda tumbuh sambil take turn. kalau mata kanan kena, mata kiri baik. then, mata kiri baik, mata kanan kena balik. sadis kan. doktor kata benda nh jadi sebab bakteria. huh. tak tau la. EH ! aku tak skodeng orang tau. musim exam aku skodeng buku je. teehee :) dan sekarang kena lagi.. nak turun kafe pun aku malu. damn !! 

kalau korang baca apa yang cik adah tulis dalam entry timbil beliau, korang akan faham apa sebab kena timbil and apa petua yang korang jugak boleh give a try. TQ cik adah :) 

ok. jom sambung study balik. minta semua doakan yang terbaik untuk aku. juga, baiklah cepat timbil aku nh. sakit. gatal. malu. semua ada. tapi dugaan Allah mesti ada hikmah kan? kita kena terima dengan hati terbuka. haa... baca entri cawan dan tasik nh. best.


korang ada info lain tak pasal timbil?




Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !



Untuk pre-order tshirt muslimah zariya yang up to date lagi comel, korang boleh view katalog kat SINI. ada banyak design baru update :) Berbaloi! ada beberapa helai baju aku nak let go. korang boleh pergi BLOGSHOP aku untuk cuci mata. TQ

Monday, April 18, 2011

wah ! asyraf muslim nak bertunang ?

..Assalamualaikum..


This MP3 was found at Dilandau MP3

hai semua. sila marah saya sebab masih hupdate belog walaupun telur telah berada di hujung tanduk. heeee :) *nak exam dah* oh. lagu kat atas tuh adalah lagu tema. HAHA



ok. anda boleh baca dari OH BULAN! untuk cerita pasal asyraf muslim. wah. kesianlah sape yang meroyan tuh. kalau malas baca oh bulan, aku quote sikit ape yang dye kate ok :)
Pelakon hensem Ashraf Muslim yang kini sibuk dengan aktiviti perubatan Islam telah memaklumkan kepada pihak media bahawa dia akan bertunang dengan seorang gadis berumur 24 tahun pada 23 April ini, di Gombak. Menurut Ashraf lagi, bakal tunangnya merupakan seorang doktor perubatan yang sedang menjalani praktikal di sebuah hospital di Melaka. Dia sudah mengenali gadis tersebut sejak setahun yang lepas dan ciri-ciri gadis tersebut yang merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang telah merebut hatinya.

aku tau berita nh, seminggu lagi awal dari OH BULAN. heee :) tapi since kawan aku kate belum ade tersebar, aku takut la kan nak tulis. sat gi kene saman. naya kaw !

aku baru berangan nak jatuh cinta kat asyraf muslim lepas aku tau Sein Adamaya tuh dah rujuk balik ngan bini dia. huuu :(  tapi, double kecewa lah aku bila dapat tahu pasal nh. maka, sila lah setia dengan fahrin ahmad :) HAHA *gelak gatal* tak pun nabil raja lawak pon okeh. alah! tapi reputasi buruk. uhuk. uhuk.


sangat suka dengan persembahan nabil dari minggu satu sampailah sekarang. huhu. tapi, spoil la sebab die buat hal. konfem2 peluang nak menang tu tipis. kan? bak kate abang ben, die kreatif. cuma sebab populariti artis Malaysia bergantung pada reputasi, maka..... (sambung seniri) tapi takpe, aku sokong kau nabil ! hidop negeri sembilan ! *tetibe*

oh. oklah. aku nak study. haaa.. cube tgk nh. aku dapat motivasi extrinsic. wahaha. maka, aku janji. ini post terakhir aku :) sampailah exam abes.

*sila tekan bagi besar*

ape pendapat korang? ada berani?



Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !



Untuk pre-order tshirt muslimah zariya yang up to date lagi comel, korang boleh view katalog kat SINI. ada banyak design baru update :) Berbaloi! ada beberapa helai baju aku nak let go. korang boleh pergi BLOGSHOP aku untuk cuci mata. TQ



Sunday, April 17, 2011

Kita berada dalam golongan yang mana dalam bab solat?


..Assalamualaikum..

hai semua. semoga hari nh lagi baik dari semalam :) *cewah*

dalam entri yang lepas, aku tulis pasal melambatkan solat kan? kali nh, aku nak bawa pula kita semua untuk nilai diri sendiri. kat mana solat kita. mampu tak kita untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan hamba-hamba Allah yang lain. *macam ustazah la pulak* secara randomnya ada, 9 golongan yang disenaraikan kat sini.

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

 google image 

Golongan Pertama
Menurut Imam Malik, orang yang langsung tidak bersolat; mereka telah jatuh kafir. lebih-lebih lagi jika meninggalkannya tanpa sebab. Imam Syafie berkata, jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan Kedua
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Ilmu tentang sembahyang tiada. mungkin tidak pernah mempelajarinya. 

Golongan Ketiga
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. 

Golongan Keempat
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham. Cuma main hafal saja. oleh itu, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.

Golongan Kelima
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan Keenam
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini. Umumnya, solatnya itu, tidak membawa erti apa-apa.

Golongan Ketujuh
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.

Golongan Kelapan
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).

Golongan Kesembilan
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyang ialah cara ia untuk lepaskan kerinduan dan juga mengadu-ngadu pada Penciptanya. Alam sekelilingnya langsung tidak hiraukan dan diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

*disclaimer
ini cuma entry copy paste bertujuan untuk perkongsian. namun, ada beberapa ayat yang saya ubah. boleh rujuk notes sebenar untuk pembacaan penuh. terima kasih kepada penulis atas perkongsian berguna ini :) oH. korang boleh rujuk note Wardina untuk makna bacaan dalam solat. harap-harap lepas nh, aku dengan korang akan terus baiki solat supaya kita akan berada dalam golongan nombor 9 tuh kan? amiiin.



Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !




Untuk pre-order tshirt muslimah zariya yang up to date lagi comel, korang boleh view katalog kat SINI. ada banyak design baru update :) Berbaloi! ada beberapa helai baju aku nak let go. korang boleh pergi BLOGSHOP aku untuk cuci mata. TQ