Followers

Sunday, September 25, 2011

Oh, mak mertua, sila pilih saya !


.. Assalamualaikum ..

Kalau sebelum nh live from home, hari nh, live from USM. tapi haruslah aku merungut, sebab dalam 2minggu aku kat sini, aku cuma ada 4 kelas. yang lain? batal ! yes. sangatlah membazir masa dan wang ringgit sebab aku sepatutnya boleh goyang-goyang kaki kat rumah dengan ohsemnye !

weekend lepas, aku pergi rumah kak aneem kat parit buntar bagi mengisi masa lapang. isi masa lapang ke tu? oh, sila jangan muntah tengok gamba yang banyak-banyak kat bawah ni.

main purpose : kenduri kawen akak kak atin
haruslah aku macam pengapit kan? ambik berkat :)

Taman Tasik Taiping. Begitu gigih kayuh perahu dengan baju kurung. 

geng perahu yang sesat. comel la korang !
pikah-ecah-dina-zera

geng swan boat ! yang tepi kanan sekali partner aku.
diya-atik-kak cah

abaikan muka eksited aku !

ni swan boat ye adik-adik. tapi boleh aku lupe nak ambik gamba sebelum naek. jadi aku jumpa gamba nh kat sini masa google search.

kenangan dengan mak mertua. eh, mak long yang buat bahulu sedap :) aku kalau dapat modal nanti nak buat bahulu gak la. hahaha

bye-bye parit buntar ! apesal muka aku merah sangat ea?

tapi minggu nh, aku dok kat bilik perabih duit kat pesta konvo. tak pun aku baring-baring atas katil sambil baca a place call here : cecelia ahern. bila bosan, haruslah aku dengan bangganya berangan naik audi dan terus tertidur. maka, terlipat-lipatlah novel kesayangan.

apesal aku rasa tajuk entri mcm tak kena je dengan entri. *garu kepala*

-TAMAT-


Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !



Korang yang ohsem ! silalah cuci mata tengok koleksi tshirt muslimah zariya. boleh pergi SINI untuk tengok semua koleksi yang up-to-date lagi comel. 

Monday, September 12, 2011

Lupakan...


..Assalamualaikum..

bila kita buat salah sikit,
mesti orang akan lupa kan kebaikan yang pernah kita buat.

bukan la nak suruh orang sanjung,
tapi sekurang-kurangnya,
rasional lah dalam membuat tindakan.

sekering-kering hati manusia tu,
dia tetap berperasaan jugak !

*betul-betul kecewa hari ini*


Friday, August 26, 2011

wedding waktu raya pun gempak !


. Assalamualaikum .

cak !
setelah sekian lama menyepi, kini aku kembali. *ayattakbolehblah*

a very simple and short entry for today :)

saya : umi, raya nh ada dua orang kawan kaklong nak kawen tau. sorang kat perak. sorang lagi kat kelantan.
emak : oh, iye? kawan sekolah ke kawan uni?
saya : uni la mi. budak kelas kaklong. kawan2 sekolah, belum ada yang sampai seru lagi.
emak : oh, kau nak kawen tak? kawen la sekali.
saya : *gulp* err.. ape nh mi? calon pun tak ada lagi.

 eh korang, agak-agak bila ea Abang Fahrin nak hantar rombongan meminang kat rumah aku ? T___T

apasal tah amek gambar nh ..


Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !




Untuk pre-order tshirt muslimah zariya yang up to date lagi comel, korang boleh view katalog kat SINI. ada banyak design baru update :) Berbaloi! sekarang, aku ada tambah koleksi tshirt muslimah untuk kanak-kanak. jom tengok SINI.