Followers

Thursday, November 17, 2011

Cinta sejati bawa ke mati...

..Assalamualaikum..

a very sweet yet true story :) enjoys.

source : here 


Love story ni jadi kat China yang mana seorang lelaki muda mencintai seorang wanita yang lebih tua daripadanya. Liu Guojiang, yang ketika itu berusia 19 tahun, jatuh cinta pada seorang janda 29 tahun bernama Xu Chaoqin. 

Ala-ala cerita Romeo dan Juliet karangan Shakespeare, kawan & kerabat mencela hubungan mereka sebab perbezaan usia di antara mereka. tambahan pula, Xu juga sudah mempunyai beberapa orang anak. Pada ketika itu keadaan ini tidak boleh diterima dan dianggap tidak bermoral bila seorang pemuda mencintai wanita yang lebih tua.

sebab tak tahan dengan cacian semua tuh, mereka kemudian melarikan diri untuk hidup bersama dalam keadaan love each other dengan penuh harmoni selama setengah abad. *lama weyh. kau boleh?* gua tersebut terletak kat Desa Jiang Jan, di selatan Chong Qing. mula-mula tuh kehidupan mereka sangat menyedihkan kerana tidak mempunyai apa-apa. tidak ada bekalan elektrik atau pun makanan. makan rumput dan akar-akar yang ada atas gunung itu. untuk elakkan kegelapan, Liu membuat sebuah lampu minyak tanah untuk menerangi hidup mereka. Atas dasar cinta & nak mudahkan isterinya turun dari gunung tersebut, Liu juga telah memahat 6000 anak tangga dengan tangannya (hand carved). *nak jugak. ade yang nak buat aku tak? :P*


Xu selalu rasa yang Liu kena hidup dalam nasib yang malang sebab berkahwin dengan dia. jadi dia selalulah tanye, "menyesal tak?". Tapi Liu yang sangat gentleman tuh just cakap, “Selama kita rajin, kehidupan ini akan menjadi lebih baik”. Setelah 2 tahun mereka tinggal di gunung itu, Liu mulai memahat anak-anak tangga agar isterinya dapat turun gunung dengan mudah. Dan ini berlangsung terus selama 50 tahun. 

Setengah abad lepas tuh (2001), 1 group pengembara melakukan explorasi ke hutan itu. Mereka merasa hairan menemukan pasangan lanjut usia itu dan juga 6000 anak tangga yang telah dibuat Liu.


satu hari, masa usia Liu 72 tahun, dia pengsan ketika pulang dari ladangnya. Xu duduk dan berdoa bersama suaminya sampai Liu akhirnya meninggal dalam pelukannya. Kerana sangat mencintai isterinya, genggaman Liu sangat sukar dilepaskan dari tangan Xu, isterinya. Liu Ming Sheng, satu dari 7 orang anak mereka mengatakan, “Orang tuaku sangat saling mengasihi, mereka hidup menyendiri selama lebih dari 50 tahun dan tak pernah berpisah sehari pun. Selama itu ayah telah memahat 6000 anak tangga itu untuk menggembirakan hati ibuku, walaupun ibunya jarang turun daripada gunung itu.


“Kau telah berjanji akan memeliharakanku dan akan terus bersamaku sampai ke akhir hayat, sekarang kau telah mendahuluiku, bagaimana aku dapat hidup tanpamu?” Selama beberapa hari Xu terus-menerus mengulangi kalimat ini sambil meraba-raba keranda suaminya dan dengan air mata yang membasahi pipinya.


sweet kan? abang fahrin, boleh buat macam nh untuk saya tak? :)
apa komen korang semua?




sila ke BLOGSHOP aku untuk memuaskan nafsu anda !



Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !


1 orang Jual Pantun:

Gombug said... [Beli Pantun]

Dapatkan memori 50GB simpanan foto, muzik, video dan apa sahaja untuk telefon anda secara percuma hari ini dari www.Gombug.net! Sebelum 31 Dec 2012 - http://www.gombug.net/v1/BM/