Followers

Thursday, January 6, 2011

Macam mana kalau tiba-tiba TERsuka?


..Assalamualaikum..

Hai belog. Hai readers. Semalam tengok Tinker Bell. Maka, rancangan untuk update tergendala. Sangatlah childish aku.. Tapi rindu aku pada kamu adalah membuak-buak. betol. aku tak tipu. hihi  ;P

Aku kan, nak cerita benda ni dari jumaat lepas lagik. tapi, hari ni baru aku dapat ambik sikit masa nak taip entri. (alasan orang malas) T___T Aku tak ada ayat sedap la nak start entri. ni pun dah 3 kali aku dok taip, padam, taip, padam, taip dan padam lagi. aduh. kebas tangan !

Ok, balik semula ke Jumaat lepas. Aku tak dapat tidur pada sebelah malamnye sebab bibir aku tak berhenti-henti senyum sampai pipi aku lenguh kiri kanan. Seseorang yang aku nak gelarkan sebagai Mr. F call aku pada sebelah siang. bahagia. *_* Aku rasa kan, macam dah TERsuka la dengan dia. (blushing)

[Gambar : Google]

Tapi kan.. aku macam tak ready lagi nak bagi komitmen. eh.. macamla Mr. F nak sangat bagi komitmen dekat aku. HAHA. (harus gelak dengan huruf besar sebab aku tengah berangan jadi HOT) Oh. boleh berenti gelak sekarang. Malu. Malu. Kepada Abang Sein, jangan marah. i sayang dekat u sorang je. promise !

Sekarang ni musim mengawan ke ek.? aku tengok macam ramai je tengah angau macam aku.. teehee :)

Eh. ini adik ke, abang ke, or Mr. F ke.? ;P

Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !

Tuesday, January 4, 2011

Selamat pulang ke sekolah adik-adik !


..Assalamualaikum..

Pagi tadi, masa manusia lain tengah sibuk tidur berdengkur lepas subuh, aku blogwalking. Begitu tabah aku. Mana nak blogwalking, nak lawan ngantuk. Hebat kan .? Sila kata ya ! *_^ 

Amboi, syokla adik-adik kecik arini. sebab depa free-free je dapat publisiti. Orang semua duk ceghita pasal depa dok hari pertama sekolah hari ni. kenapa la ari tuh tak ada siapa nak cerita pasal aku baru masuk sem baru. erk.? haha

[ gambar : Google ]

Dalam banyak-banyak entri tu, aku tertarik dengan entri sorang mummy nh. Beliau dok story pasal scene anak-anak daranya pergi haircut. hoho. memang sejarah berulang kembali la. T___T sayangnya, internet problem tadi and link beliau hilang. damn! tak dapatla nak linkkan korang ke blog beliau. *sigh*

Ok. Mari kita ke tujuan sebenar. Scene yang mummy tuh tunjukkan adalah 100% sama macam scene yang aku selalu lalui dari kecik, tadika sampai la aku form 5. aku ulangi, form 5 ! Dari aku kecik sampai besar, bapak aku yang kacak bergaya tuh asyik la suruh aku potong rambut. sampaikan ada sorang autie tuh, nak ajak aku attend wedding kat rumah beliau, menggunakan dialog ini "abang, nanti jangan lupa datang rumah auntie ye?" Masa tu, semua orang ketawakan aku. Dan sejak tuh aku rasa bapak aku kejam. kah ! kah ! aku rasa beliau sangat kejam sebab beliau lah yang beria-ria tak bagi aku berambut panjang sedangkan kawan-kawan perempuan aku yang lain boleh pula rambut panjang. Makanya aku jadi seperti terlebih hensem dan populariti jatuh. (perlu ke.?)

Ini korang patut panggil boboy ke gegirl .?

Tapi, bila aku dah besar, terbalik pulak. aku rasa kejam gila auntie ngan uncle aku sebab biarkan anak diorang tuh berambut panjang. sian aku tengok budak-budak tuh... masa tengah syok main-main kena pulak berenti kejap sebab nak selak rambut. kalau masa aku kecik-kecik dulu tak ade hal la. main tanpa halangan ! haha. anak aku nanti macam mana erk.? 

 Walaupun kelihatan comel, namun terseksa (gelak jahat)

Bila cerita pasal sekolah, aku terus rindu zaman kecik-kecik dulu. syoknye sekolah ! kan.? kan.? rindu nak pakai baju putih dengan kain biru. (kesat air mata) anyway, untuk semua adik-adik, silalah belajar betul-betul. masa depan masih jauh. sila lari laju-laju untuk mengejar kecemerlangan. siapa yang jalan kedek-kedek macam itik pulang petang akan kerugian. betol tak.? Selamat Kembali ke sekolah !

Pesanan buat adik nina sayang, if u read my blog i just wanna say, I LOVE U so much ! study smart :)

entri panjang tanpa isi ilmiah ni aku akhiri dengan gambar adik aku masa darjah satu yang sekarang dah kurus bila masuk darjah 2. 

Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !

Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru 2011 dan harapan baru !


.Assalamualaikum.


Oh ! sangat cepat masa berlalu. Anyway, lets have a new and better start for this coming new year ! :) Hello 2011. 

Close your eyes and start making your wish ! 

Saya nak jadi yang lebih baik daripada tahun lepas :)

Semoga mereka yang sangat saya sayang ini akan dipanjangkan umur dan sihat selalu.

harap juga kita akan lebih dimurahkan rezeki dan seterusnya boleh jalan-jalan lagi, Yeay !

Persahabatan saya dengan mereka-mereka ini berkekalan. 



ok. lets stop here. tak kan wish yang annoying pn nak state kat sini kan. malu. malu ;p

Ya Allah, sesungguhnya hanya pada Mu aku menyembah dan hanya pada Mu jualah aku minta pertolongan.