Followers

Sunday, October 24, 2010

9 kategori lelaki yang perempuan rimas ~


Hai. Assalamualaikum.

kejap je dah hari sabtu. kejap juga semester dah nak tutup. revision tak buat lagi. mari insaf sama-sama rakan-rakan.

semenjak dua menjak ni aku asik nak emo je. lagi-lagi kalau bab lelaki. tah kenapa aku rase lelaki yang berdekatan & sekeliling aku semakin annoying sekarang. meh aku kongsi sikit lelaki yang macam mana adalah annoying. kalau anda-anda rasa aku pun annoying, aku tak paksa pun baca. 


1. Lelaki kaki paksa.
aku bukan la nak kata aku diva. tapi lately nh, ramai pula jejaka bukan idaman yang selalu text inbox hp aku. kalau inbox fb aku boleh terima & kadang-kadang aku reply juga. sebab free. haha. keji.! masalahnya, kalau aku tak reply msg yang mereka itu layangkan pada aku, mulalah ada sms susulan. aku nh sombongla, belagakla, sampai hati la. aduhai. tambah teruk lagi. misscall aku banyak kali. nasib baik hp tuh penting. kalau tak aku campak luar je. kalau aku silent kang, takut pula if mak aku call ke. coursemate ajak discussion ke. serba salah aku.!

2. Lelaki suka tinggi diri.
yang nh contoh terdekat ada dalam family aku sendiri. tiap kali dia senaraikan kelebihan dia dan dengan tanpa segan silu kata kat aku, kau mana boleh buat macam nh.. aku rasa macam nak tarik lidah dia bagi putus.! kau ingat ko bagus sangat.? dalam kubur nanti, Malaikat tanya amalan. bukan kelebihan.


3. Lelaki yang emosional.
selama aku dekat USM ni. macam-macam jenis pemimpin aku jumpa. yang cool dan hemsem & berkaliber. ehem! yang cool, hensem, tapi tak reti keje. yang tak hensem tapi keje tiptop dan ada juga yang tak hensem, keje tak siap, emosional pulak. kalau lelaki macam ni, aku sah-sah anti. lagi-lagi kalau aku kena marah tak pasal-pasal. masa aku keje dengan lelaki macam ni, aku terus terang je. aku senang, kawan-kawan aku pun senang.~

4. Lelaki yang suka lebih-lebih.
contoh lelaki jenis ni adalah bila kita cuma senyum je dengan dia. lepas tuh dengan rela hatinya dia tolong kejutkan tidur, ajak msg mula daripada subuh sampai isyak. lagi satu lagi, bila paksa aku bagi no phone. lepas aku dah bagi, dia call aku tak henti-henti. padahal baru 10 minit yang lepas dia jumpa dan kenal aku. apehal kau.?! nasib baik aku bagi no phone untuk bisnes. so, takla sakit hati sangat.!

5. Lelaki gila publisiti.
bro.. u ada masalah ke, sampai nak kena cari publisiti.? relax la. saja buat pos yang sedih-sedih kat FB. lepas tanya kenapa.. saja nak orang komen. baik kau pergi study. banyak faedah!

6. Lelaki ambil gambar syok sendiri.
haha.! aku tak nafikan, perempuan lagi ramai yang buat benda nh. kan.? ngaku cepat. aku pun sama. tapi, bila lelaki yang buat, aku rasa. huh!! hilang macho korang wey! bagi aku lelaki sesuai ambil gambar ramai-ramai. tak pun, ambil gambar seorang tapi orang lain ambilkan. nampak lebih murni kata orang~

7. Lelaki gatal.
kalau dah macam nh, semua pun tak suka kan.? atau sebab aku nh gaya je ladies tapi hati sangat otai. so. aku sorang je tak suka.? entahlah. yang pasti. aku dan kawan-kawan seangkatan aku akan blacklist lelaki yang berada dalam kategori ini.


8. Lelaki yang nak tapi malu.
kadang-kadang aku kesian dengan lelaki macam ni. yela kan, sebabkan pemalunya yang melampau sangat tuh, gadis idaman dengan senang hati meninggalkannya. padahal hari2 msg dari lepas subuh sampai subuh esoknya. dah siap layan macam awek lagi. tapi kononnya lidah kelu nak berkata-kata. tak boleh sabar dengan lelaki macam nh. seolah-olah gantung aku tanpa tali.

9. Lelaki kaki kutuk.
hye u! apesal kutuk akum kau nh..? kan aku dah kata tadi, kalau takde keje sangat, pergi study! exam kan dah dekat. dia kalau kutuk tuh, tanpa segan silu. kawan-kawan sekolah aku dulu, kat mana-mana pun boleh mengutuk. even dia jalan belakang perempuan tuh pun dia boleh kutuk lagi. tak payah la kutuk orang abang!~ tengok-tengok nanti, wanita pujaan kamu juga begitu. serve u right! 

 aku minta maaf kalau aku terkasar. memang kasar kot. tapi ini luahan jujur. rasanya perempuan lain pun ada dua tiga hal yang dia bersependapat dengan aku :) lagi sekali aku minta maaf. tapi kalau berubah pun tak rugi kan.?

p/s : apa-apa pun, jejaka itu tetap pelengkap bagi seorang gadis ~

10 orang Jual Pantun:

Myra said... [Beli Pantun]

lagi satu...lelaki yg terlalu mengikut kata2 gf....bila gf dia kata org ni jahat....bf dia pun ikut benci org yg gf dia kata jahat....mcm harem!!

Wawa~* said... [Beli Pantun]

hehehe.. nice infos :) mcm2 perangai kn.. but then, cm u said, dorg melengkapi kita.. :D

muchas luvas, wawa~* secretwhisper.net

PinQib said... [Beli Pantun]

sy setuju ngn bab lelaki malu. adoi.. em napa yer laki camni.. wah. macam pompuan pefek jer
Latest entry di:

Saya blogger baru.

Kisah ikan keli

MissNafa said... [Beli Pantun]
This comment has been removed by the author.
MissNafa said... [Beli Pantun]

@Myra : haah. betul jugak tuh.

@wawa : i like tag line tu :)

@PinQib : pmpn ngn laki kan saling melengkapi. so konfem2 pmpn x perfek. tapi bile lelaki malu... kita memang rimas. sbb tak tau ape status kite :(

Ashraf Latif said... [Beli Pantun]

eh usm gak ka? wah wah wah! jangan lupa bookmark blog saya.

novel awek: bab 3 next week! :D

MyZone~theUn4given said... [Beli Pantun]

lelaki yang kurang peka dan suke amek kesempatan..OUT!..hihihi

nisya salihin said... [Beli Pantun]

HAHA, meh i suai padankan ciri diatas dengan lelaki terlibat

lelaki kaki kutuk - lu_ _i
lelaki ambik gmbr syok seniri - a_k_m
HAHA

Cheq Tun said... [Beli Pantun]

lengkap...tmbh satu lagi..laki yg buduh.buduh ni termasuk la yg xreti pk sndiri, smua kena tanya gf..yg bawak handbag pompuan.euwww..tlg la.termasuk gak yg xensem tp pasan ensem.

MissNafa said... [Beli Pantun]

@ asyraf :xsangke kamu jua USM. beresla. teruskan usaha ye ;)

@MyZone : memang! betul tuh. pang sekali kat dye.

@nisya : banyak lagi. meh kami tambah. len kali saje. xbek buka aib manusia. haha.

@cheq tun : huhu. ade ea laki cmtuh..?