Followers

Sunday, April 17, 2011

Kita berada dalam golongan yang mana dalam bab solat?


..Assalamualaikum..

hai semua. semoga hari nh lagi baik dari semalam :) *cewah*

dalam entri yang lepas, aku tulis pasal melambatkan solat kan? kali nh, aku nak bawa pula kita semua untuk nilai diri sendiri. kat mana solat kita. mampu tak kita untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan hamba-hamba Allah yang lain. *macam ustazah la pulak* secara randomnya ada, 9 golongan yang disenaraikan kat sini.

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan

 google image 

Golongan Pertama
Menurut Imam Malik, orang yang langsung tidak bersolat; mereka telah jatuh kafir. lebih-lebih lagi jika meninggalkannya tanpa sebab. Imam Syafie berkata, jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

Golongan Kedua
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Ilmu tentang sembahyang tiada. mungkin tidak pernah mempelajarinya. 

Golongan Ketiga
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. 

Golongan Keempat
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham. Cuma main hafal saja. oleh itu, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.

Golongan Kelima
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan Keenam
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini. Umumnya, solatnya itu, tidak membawa erti apa-apa.

Golongan Ketujuh
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.

Golongan Kelapan
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).

Golongan Kesembilan
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyang ialah cara ia untuk lepaskan kerinduan dan juga mengadu-ngadu pada Penciptanya. Alam sekelilingnya langsung tidak hiraukan dan diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

*disclaimer
ini cuma entry copy paste bertujuan untuk perkongsian. namun, ada beberapa ayat yang saya ubah. boleh rujuk notes sebenar untuk pembacaan penuh. terima kasih kepada penulis atas perkongsian berguna ini :) oH. korang boleh rujuk note Wardina untuk makna bacaan dalam solat. harap-harap lepas nh, aku dengan korang akan terus baiki solat supaya kita akan berada dalam golongan nombor 9 tuh kan? amiiin.



Terima kasih daun keladi baca entri ini.
Esok-esok datang lagi. Bai !




Untuk pre-order tshirt muslimah zariya yang up to date lagi comel, korang boleh view katalog kat SINI. ada banyak design baru update :) Berbaloi! ada beberapa helai baju aku nak let go. korang boleh pergi BLOGSHOP aku untuk cuci mata. TQ



5 orang Jual Pantun:

Hizami Li said... [Beli Pantun]

wow.
thanks for the info.
:)
bermanfaat benda ni.

FatinNad said... [Beli Pantun]

@..hizamirahim..
welcome :) selamat beramal ~

mizzura said... [Beli Pantun]

info yang bermanfaat...

Malu nak ngaku golongan mana..hamba allah yang tak sempurna.

Nyanyi soley soley jom! |MIDDLE OF THE ROAD - SOLEY SOLEY 1971|

FatinNad said... [Beli Pantun]

@mizzura
betul tuh mizzura :(

Anonymous said... [Beli Pantun]

sungguh b'manfaat....!!!! :)